This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

HTC One E8 Diperkenalkan – Versi Plastik Untuk One M8, Dwi-SIM, Kamera 13-MP

Setelah diura-urakan sebelum ini, hari ini pihak HTC secara rasminya memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka, dinamakan sebagai HTC One E8. Ia merupakan variasi yang menggunakan kerangka polikarbonat untuk One M8 sebelum ini, disamping turut hadir dengan sokongan dwi-SIM.

HTC One E8

HTC One E8 ini turut hadir dalam empat variasi warna, iaitu putih, hitam kelabu, biru dan juga merah. Pihak HTC mengatakan ia mengekalkan kebanyakkan fungsi yang sama seperti HTC One M8, termasuk sokongan Motion Launch yang membolehkan pengguna membuat beberapa perkara menggunakan gesture, selain turut mengekalkan fungsi seperti HTC BoomSound dan lain-lain.

Disamping itu, pihak HTC turut dilihat menyertakan kamera 13-megapixel bersama-sama telefon pintar One E8 ini.

Telefon pintar HTC One E8 ini bakal dipasarkan di beberapa buah negara terpilih bermula bulan Jun ini.

0 comments:

Post a Comment