This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

HTC Desire 820 Dijangka Hadir Dengan Cip Pemprosesan 64-bit

Pihak Google sedia menyatakan sokongan untuk 64-bit bagi platform Android, disamping beberapa pengeluar cip yang telah memulakan pengeluaran cip tersebut. Perkara ini semestinya membuatkan ramai pengeluar peranti untuk bersaing dan hadir dengan peranti berasaskan 64-bit daripada mereka.


Salah satu pengeluar yang dijangka hadir dengan peranti berasaskan 64-bit tidak lama lagi adalah HTC. Pengeluar dari Taiwan ini dijangka akan menggunakan cip pemprosesan berasaskan 64-bit ini pada peranti berspesifikasi pertengahan daripada mereka, berkemungkinan pada Desire 820.

Mengikut gambar teaser, ia turut dilihat memberikan perhatian kepada bahagian kamera, dan mungkin akan menyertakan kamera dengan rakaman luas pada bahagian hadapan.

Info penuh peranti ini masih tidak diketahui lagi, dan dengan acara IFA 2014 yang dijadualkan pada 4 September ini, mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai peranti ini tidak lam lagi pada acara berkenaan.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Compaq Laptops

    ReplyDelete