This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

HTC Melancarkan Butterfly 2 – Tiba Di Malaysia Bulan Hadapan

HTC secara rasminya telah melancarkan HTC Butterfly 2 bagi pasaran Asia yang sebelum ini dilancarkan di Jepun sebagai J Butterfly. HTC telah mengesahkan bahawa HTC Butterfly 2 akan dilancarkan di beberapa pasaran utama Asia seperti Hong Kong, India, Singapore , Malaysia dan Thailand namun Taiwan akan menjadi negara pertama menerimanya 2 September ini.

HTC-Butterfly-2_white

HTC Butterfly 2 hadir dengan skrin paparan Full HD berukuran 5.0-inci, pemproses Snapdragon 810 berkelajuan 2.5GHz, 2GB RAM, pilihan memori simpanan 16GB atau 32GB, kad memori microSD (sehingga 128GB), kamera 13MP ‘HTC Duo’, kamera hadapan 5MP, menyokong rangkaian LTE, bateri berkapasiti 2,700mAh dan disertakan dengan Android 4.4 KitKat.

HTC-Butterfly-2_HTC-J-butterfly_malaysia-1

HTC Butterfly 2 juga merupakan peranti yang kalis air dan habuk dengan pensijilan IP57.

HTC Butterfly 2 juga mempunyai pembesar suara HTC BoomSound yang 25% lebih kuat daripada pembesar suara pada HTC One dan tidak setakat itu, HTC telah berkerjasama dengan Harman Kardon untuk teknologi ‘LiveStage Signal Processing’.

Seperti yang kami perkatakan diatas, Taiwan akan menjadi pasaran pertama menerima model ini pada 2 September sebelum ianya diperkembangkan ke pasaran lain. Setakat ini tiada maklumat harga didedahkan namun harga sekitar RM 1,699 dilihat sesuatu yang sesuai bagi telefon pintar ini.


1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Alienware Laptops

    ReplyDelete