This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Xiaomi Memperkenalkan Mi Band

Selain memperkenalkan telefon pintar terpantas di dunia, Xiaomi turut memperkenalkan gelang tangan pintar Mi Band. Ia merupakan sebuah pemantau kecergasan dan waktu tidur yang didatangkan dalam pelbagai warna menarik.

140722-xiaomi-mi-band-05

Xiaomi memperkenalkan Mi band, sebuah gelang tangan pintar yang boleh memantau kecergasan dan waktu tidur pengguna dan didatangkan dalam pelbagai warna menarik. Direka untuk dipakai 24/7, ia mempunyai sertifikasi IP67 dalam ketahanan dari air dan habuk. Ia mempunyai masa sedia selama 30 hari dengan bateri 45mAh yang dilengkapinya. Ini dicapai hasil penggunaan sambungan berkuasa rendah Bluetooth 4.0 yang disokong Xiaomi Mi 3 dan Xiaomi Mi 4 yang melarikan MIUI terbaru dan Android 4.4.

140722-xiaomi-mi-band-01
140722-xiaomi-mi-band-03

Selain memantau kecergasan dan waktu tidur, peranti ini juga berfungsi sebagai penggera dan juga bergetar apabila telefon pintar pengguna mendapat panggilan ataupun notifikasi. Memandangkan ia dipasangkan secara Bluetooth kepada telefon pintar pengguna, pengguna tidak perlu memasukkan passcode pada skrin kekunci sekiranya gelang tersebut berada berhampiran telefon pintar.
140722-xiaomi-mi-band-02
Paling menarik adalah harganya. ia dijual pada harga CNY79 atau lebih kurang RM40, satu harga yang kami rasa ramai pengguna telefon pintar mampu beli. Setakat ini, tiada berita mengenai bila ia akan dilancarkan untuk pasaran global, namun pengenalan produk ini membuatkan kami merasakan produk gelang tangan pintar yang lain seolah-olah terlalu mahal pula.
140722-xiaomi-mi-band-04

0 comments:

Post a Comment