This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Spigen Mula Menawarkan Perkakas IPhone 6 – Dilancarkan Bulan Hadapan

Pengeluar perkakas perlindungan telefon pintar terkemuka Korea iaitu Spigen telah mula memaparkan perkakas perlindungan bagi Apple iPhone 6 yang akan dilancarkan bulan hadapan.

apple-iPhone-6-official-images

Dengan pelancaran perkakas ini, kita boleh membuat kesimpulan bahawa reka bentuk yang tersebar ini adalah iPhone 6 dan sedikit meragukan adalah, Spigen hanya menawarkan perkakas perlindungan bagi iPhone 6 4.7” dan tidak sebarang maklumat mengenai perkakas bagi iPhone 6 5.5”. berikut adalah spesifikasi penuh iPhone 6

Apple-iPhone-6-Spigen-Malaysia-official

iPhone 6 yang dijangka akan dilancarkan pada 9 September ini mungkin hadir didalam dua versi iaitu versi 4.7” dan versi 5.5”

iPhone 6 akan mempunyai skrin paparan Retina, Pemprose A8, kapasiti RAM yang lebih besar, unit kamera 8MP ( Apple mengekalkan megapiksel yang sama namun kualiti gambar dijangka jauh lebih baik daripada iPhone 5s) dan reka bentuk butang kuasa dan suara yang baru.

Penjualan iPhone 6 dijangka akan bermula pada 15 September iaitu serentak dengan model Galaxy Note 4 namun bagi pasaran Malaysia, iPhone 6 mungkin hanya tiba ke pasaran tempatan pada bulan Oktober dengan harga penjualan dijangka kekal pada RM 2399.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Panasonic Laptops

    ReplyDelete