This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Lenovo Vibe Z2 Pro Dilancarkan 5 Ogos Ini – Skrin QHD

Lenovo dikatakan akan melancarkan telefon pintar utama yang terbaru mereka pada hari ini dan mempunyai kodnama K920 yang merujuk kepada pengganti model Lenovo K910 yang juga dikenali sebagai Vibe Z di Malaysia. Lenovo K920 ini juga mungkin akan dilancarkan di Malaysia dengan nama Vibe Z2 Pro.
Lenovo-Vibe-Z2-Pro-1

Bercakap mengenai model K920 ini, ianya bakal hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 6-inci yang mempunyai resolusi 2560 x 1440 dengan kepadatan piksel 490ppi sekaligus menjadikanya model Lenovo pertama dengan skrin paparan QHD dan akan menjadi satu lagi pengeluar telefon pintar QHD selepas LG dan Oppo.

Lenovo-Vibe-Z2-Pro-2-official

Selain itu, Lenovo K920 ini juga akan menjadi phablet QHD pertama memandangkan skrin paparan yang digunakan pada model ini adalah 6-inci. Spesifikasi lain pada model ini juga tidak kurang hebatnya, K920 ini hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, UI Vibe 2.0 dengan Android 4.4 KitKat dan akan menyokong rangkaian LTE

Berdasarkan maklumat yang terbesar di laman web China, Lenovo Vibe Z2 Pro mempunyai reka bentuk aluminium yang amat nipis dengan 83.5% daripada panel hadapan adalah skrin. Vibe Z2 Pro juga akan mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh dengan kamera belakang OIS 16MP yang juga mampu merakam video 4K. kamera hadapan pada model ini belum diketahui namun kami menjangkakan ianya akan lebih baik daripada kamera 5MP yang disertakan pada model Vibe Z.

Bercakap mengenai harga penjualan di Malaysia, sebagai perbandingan Lenovo Vibe Z dilancarkan di Malaysia pada harga RM 1799 dan kami meramalkan harga penjualan Vibe Z2 Pro ini akan ditawarkan di pasaran tempatan pada harga sekitar RM 1899 – RM2099.

0 comments:

Post a Comment