This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Gambar iPhone 6 Dalam Kotaknya Dibocorkan

Telefon pintar iPhone 6 merupakan telefon pintar Apple yang paling banyak dibocorkan setakat ini. Terlalu banyak sehinggakan ramai sudah tidak begitu teruja dengan perubahan rekabentuk luarannya, walaupun ia dikatakan hanya akan dilancarkan pada 9 September 2014.

iphone6-578-80
Jika sebelum ini kebanyakan gambar dibocorkan adalah gambar bahagian housing, prototaip atau mockup, kini gambar yang dibocorkan memperlihatkan telefon pintar iPhone 6 didatangkan dalam kotaknya. Sumber yang membocorkan gambar-gambar ini mengatakan ia datangnya dari seorang penguji Beta yang mengambil gambar tersebut ketika sesi ujiannya.

Walaupun gambar-gambar ini kelihatan meyakinkan, sumbernya bukanlah seorang yang mempunyai sejarah dalam membocorkan gambar peranti baru. Gambar-gambarnya adalah asli dan tidak diedit, hanya sumbernya tidak dikenali. Namun tidak bermakna ia merupakan telefon pintar yang sebenar dan tidak pula boleh dikatakan ia sebuah peranti palsu.

iPhone 6
 
Apa pun, gambar-gambar ini adalah selari dengan apa yang pernah dibocorkan sebelum ini. Kita hanya akan dapat menentukan samada ia peranti sebenar atau palsu apabila ia dilancarkan. Jika gambar ini benar, iPhone 6 kelihatan lebih baik dari sebelumnya dan lebih nipis dari sebelumnya.

iphone6-3-580-90

iphone6-1-580-90

0 comments:

Post a Comment