Setiap hari ada sahaja berita mengenai iPhone 6 yang dibocorkan dan kali ini beberapa maklumat dan gambar mengenai iPhone 6 5.5 inci dan ruang storan telah dibocorkan kepada umum.
Setakat ini, kebanyakan gambar yang dibocorkan adalah gambar iPhone 6 4.7 inci dan jarang kita lihat gambar mengenai model 5.5 inci telefon pintar tersebut. Kali ini satu gambar yang menunjukkan apa yang dipercayai bahagian badan iPhone 6 5.5 inci diletakan di sebelah badan iPhone 6 4.7 inci bagi tujuan perbandingan.
Gambar ini datangnya dari laman web BestTechInfo dikatakan diambil terus dari pembekal komponen Apple.
Secara kasarnya, ia kelihatan seperti vers iPhone 6 yang lebih besar dan dari gambar tersebut, kedua-duanya kelihatan sangat nipis. Itu tidak mengejutkan memandangkan khabar angin sebelum ini meletakkan ketebalan model 4.7 inci pada 7mm manakla model 5.5 inci pula hanya setebal 6.7 mm.
Dalam perkembangan berkaitan, Apple dikatakan akan menawarkan iPhone 6 dengan ruang storan sehingga 128GB. GforGames (via Weibo) telah mendedahkan pelbagai maklumat skematik iPhone 6 dan membuat kesimpulan yang Apple akan menawarkan ruang storan sehingga 128GB bagi telefon pintar terbarunya itu.
Perkhidmatan baikpulih GeekBar telah melaporkan skematik tersebut secara jelas menujukan bahawa telefon pintar itu dilengkapi ruang storan 128GB jenama Toshiba, berbanding model berkapasiti lebih rendah yang menggunakan ruang storan berasaskan NAND yang dihasilkan Toshiba, Hynix dan SanDisk.
Walaubagaimanapun, apa yang skematik tersebut tidak paparkan ialah versi ruang storan 32GB telefon pintar itu yang popular kerana merupakan titik tengah di antara versi 16GB dan 64GB yang lebih mahal.
Awal tahun ini khabarnya adalah Apple akan menghapuskan pilihan ruang storan 16GB bagi memberi laluan kepada model 128GB, bermakna model 32GB akan menjadi model paling rendah dalam barisan produk ini. Tetapi, kini, nampaknya model 32GB akan menjadi korban kali ini.
Apa pun semua maklumat, spesifikasi atau rekabentuk bukan muktamad selagi Apple belum melancarkan telefon pintar yang ditunggu-tunggu ini. Peminat perlu menunggu sehingga acara pelancaran untuk mengetahui dengan dengan pasti telefon pintar tersebut.
Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
ReplyDeleteAlienware Laptops