This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Xiaomi Mi 4 Kini Ditawarkan Di Malaysia – RM 1379

Xiaomi Mi 4 yang dilancarkan secara rasmi bulan lalu kini telah mula dijual di Malaysia oleh pengedar telefon pintar terkemuka iaitu DirectD namun harus diingat model yang dijual adalah set untuk pasaran China dan tiada sebarang waranti rasmi ditawarkan di Malaysia kecuali waranti 24 bulan oleh DirectD.

xiaomi-mi-4-malaysia-direct-d-harga-price
Harga penjualan model ini adalah RM 1379 dan berdasarkan tinjauan kami pada laman web DirectD tiada sebarang maklumat mengenai kapasiti memori simpanan dalaman model ini selain rangkaian yang disokong. Kami telah mengemukakan pertanyaan kepada pihak DirectD dan setakat ini tiada sebarang respon yang diterima dan kami meramalkan ini adalah model 16GB.

Xiaomi Mi 4 hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz yang disertakan dengan 3GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB atau 64GB ( tidak menyokong kad microSD) dan mempunyai bateri berkapasiti 3,080mAh. Telefon pintar terbaru Xiaomi ini juga akan menjadi telefon pintar pertama keluaran syarikat ini yang menyokong rangkaian 4G LTE.

Xiaomi Mi 4 juga hadir dengan kamera belakang 13MP Sony IMX214 dengan aperture F1.8 dan menyokong rakaman video 4K, kamera hadapan 8MP daripada Sony sekaligus meletakkan Xiaomi Mi 4 sebagai antara telefon pintar yang hadir dengan kamera ‘selfie’ terbaik bersama-sama Huawei Ascend P7.

Xiaomi Mi 4 dijangka akan memasuki pasaran Malaysia secara rasmiya pada hujung tahun ini atau selewat-lewatnya awal tahun hadapan dengan harga penjualan sekitar RM 1099 bagi versi 16GB dan RM 1299 bagi versi 64GB. maklumat lanjut mengenai Mi 4 yang ditawarkan DirectD disini.


1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Fujitsu Laptops

    ReplyDelete