This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Kabel USB Type C Boleh Berfungsi Dua Arah

Satu standard port USB baru dipanggil USB Type C telah dimuktamadkan dan akan memudahkan anda mencucuk penyambung USB ke dalam port tanpa perlu risau samada ia dicucuk secara terbalik atau tidak. Ia seperti penyambung lightening keluaran Apple yang boleh dicukuk pada dua-dua arah.

USB_type_c-578-80
Standard penyambung USB baru telah dimuktamadkan dan membolehkan penggunanya mencucuknya pada port USB pada kedua belah arah. USB Type-C direka untuk berfungsi pada dua belah arah dan akan digunapakai pada telefon pintar, tablet dan laptop di masa hadapan.
 
Variasi terbaru standard USB 3.1 itu mempunyai kelajuann pindahan data sepantas 10Gbps dan bersaiz seperti penyambung Micro USB biasa serta sekitar dua kali lebih pantas daripada USB 3.0. Secara asasnya ini adalah berita baik.

Namun satu kesulitan yang akan dihadapi ialah ia tidak boleh digunakan dengan standard port USB 3.0 sedia ada tanpa menggunakan penyuai. Namun buat sementara waktu penyuai bukanlah satu penyelesaian yang teruk memandangkan standard ini akan diimplimentkan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan kejutan pasaran.

Kepantasan kelajuan pindahan data digabungkan kemudahan untuk mencucuk penyambung USB baru ini akan menjimatkan banyak masa anda dan membuka lebih banyak kemungkinan untuk peranti atau aksesori elektronik.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Panasonic Laptops

    ReplyDelete