This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Galaxy Note 4 Dengan Sarung Ultrasonik

Persaingan di antara pengeluar telefon pintar untuk pengeluaran telefon pintar yang lebih unik sememangnya sengit. Laporan terbaru mengatakan Samsung sedang membangunkan sebuah sarung ultrasonik untuk phablet terbarunya Galaxy Note 4 bagi membantu pergerakan orang yang mempunyai masalah penglihatan.

Sarung Ultrasonik

SamMobile melaporkan bahawa Samsung sedang membangunkan sarung ultrasonik untuk telefon pintar terbarunya, Galaxy Note 4 yang boleh membantu mereka yang mempunyai masalah penglihatan untuk bergerak . Sarung itu berfungsi dengan mengeluarkan gelombang ultrasonik (yang tidak dapat didengar manusia) untuk mengesan objek di hadapan pengguna dan memberi maklum balas kepada pengguna.

Laporan itu tidak menyebut bagaimana pengguna akan dimaklumkan mengenai objek yang dikesan, tetapi jika sarung ultrasonik ini sama seperti sarung ultrasonik yang dibangunkan untuk Galaxy Core Advance, telefon akan bergetar atau amaran suara akan dikeluarkan bagi tujuan amaran.

Samsung Galaxy Core Advance Ultrasonic case-580-100

Sarung ultrasonik Galaxy Core Advance mempunyai serampang yang menonjol dari telefon pintar bersaiz 4.7 inci itu. Jika difikirkan, tidak ramai pengguna yang ingin menambahkan aksesori sebegini pada telefon pintar Note 4 yang telahpun mencapai saiz 5.7 inci, dengan anggapan sarung ultrasonik baru itu mempunyai bentuk yang sama.

Apa pun, realitinya telefon pintar Galaxy Note itu sendiri lebih menarik daripada sarung tersebut dan ia dijangka dilancarkan bersempena acara IFA 2014 di Berlin, jadi tumpuan akan lebih tertumpu pada acara tersebut.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Alienware Laptops

    ReplyDelete