This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Sharp Melancarkan Aquos Crystal & Crystal X

Sharp secara rasminya melancarkan dua telefon pintar terbaru mereka yang dikenali sebagai Aquos Crystal dan Crystal X. Antara kedua model ini, Aquos Crystal X adalah telefon pintar terbaik yang dilengkapi skrin paparan 1080p berukuran 5.5-inci, pemproses Snapdragon 801 berkelajuan 2.3Ghz, 2GB RAM, memori simpanan dalaman 32GB dan disertakan dengan bateri berkapasiti 2,610mAh.

Sharp-Aquos-Crystal-X-crystal-malaysia

Kedua-dua telefon pintar ini mempunyai reka bentuk sisi panel skrin yang sangat nipis dengan ukuran dimensi 139 x 73 x 11mm menjadikanya lebih kecil daripada LG G3 (146.3 x 74.6 x 8.9 mm) yang turut hadir dengan skrin paparan 5.5-inci.

Sharp-Aquos-Crystal-X-1

Bercakap mengenai satu lagi model Sharp iaitu Aquos Crystal, Aquos Crystal mempunyai skrin paparan 5.0-inci dengan resolusi 720p sahaja. Spesifikasi lain bagi model Aquos Crystal adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 400 berkelajuan 1.2GHz, 1.5GB RM, 8GB memori simpanan dalaman dan bateri berkapasiti 2,040mAh. Menarik pada model ini adalah, ianya hadir dengan pakej sistem bunyi daripada Harmon Kardon dan berasakan Android 4.4 KitKat.

Sharp-Aquos-Crystal-malaysia

Ukuran dimensi Aquos Crystal ini lebih kecil dari Aquos Crystal X iaitu 131 x 67 x 10mm. tidak seperti model Aquos sebelum ini, kedua-dua model ini tidak kalis air dan model ini akan mula dijual Di Jepun dan Amerika Syarikat. Buat masa ini tiada sebarang kenyataan mengenai penawaranya di pasaran lain termasuk Malaysia.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Alienware Laptops

    ReplyDelete