This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Samsung Hadir Dengan Kabel USB Yang Boleh Mengecas Sehingga 3 Peranti Pada Masa Yang Sama

Dengan perkembangan pesat arena peranti mudah-alih dan peranti boleh-pakai, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah had untuk mengecas sesuatu peranti disebabkan kekurangan plug. Perkara ini cuba diatasi oleh Samsung dengan sebuah aksesori baru mereka yang menawarkan kabel pengecasan ke sehingga 3 peranti pada sesuatu masa.

Dinamakan sebagai Samsung Multi-Charging Wall Charger, ia boleh mengecas sehingga tiga peranti berasaskan mikro-USB pada masa yang sama – dimana ia membahagikan 2A ke semua peranti. Sekiranya anda menghubungkan tiga peranti, maka ia akan menerima pengecasan sebanyak 667mA untuk setiap peranti, dan meningkat kepada 1A sekiranya hanya dua peranti dihubungkan, serta kepada 2A apabila hanya satu peranti dihubungkan.

Samsung Kabel USB

Perkara ini sekaligus akan memudahkan pengguna untuk mengecas peranti, walaupun mungkin mengambil masa sedikit lama berbanding kebiasaan.

Kabel ini ditawarkan sebagai aksesori tambahan, berharga sebanyak $39.99 (~RM127) di Amerika Syarikat. Ia tidak diketahui lagi sama ada kabel ini akan memasuki pasaran tempatan ataupun sebaliknya.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Compaq Laptops

    ReplyDelete