This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Spesifikasi Samsung Galaxy Note 4 Tertiris Ke Web

Samsung dijangka akan melancarkan phablet utamanya, Samsung Galaxy Note 4, dalam satu acara pelancaran pada 3 September sempena acara IFA 2014 di Berlin. Satu laman web ecommerce, erafone, telah dengan tidak sengaja menyenaraikan telefon pintar tersebut dalam produk jualannya.

Samsung_Galaxy_Note_3_press_black_rear-578-80


Sebuah laman web ecommerce Indonesia telah dengan tidak sengaja menyenaraikan telefon pintar Samsung Galaxy Note 4 dalam produknya dan mendedahkan spesifikasi telefon pintar tersebut. Walaubagaimanapun, ia telah menyenaraikan produk tersebut sebagai “habis dijual” setelah menyedari kesilapan mereka. Namun sumber-sumber yang tidak dikenali telah berjaya menangkap gambar skrin laman produk tersebut dan mendapatkan spesifikasinya.

Telefon pintar itu disenaraikan sebagai dilengkapi skrin 5.7-inci 1440 x 2560 Super AMOLED yang mempunyai kepadatan piksel yang sangat hebat pada 515ppi. Di dalamnya pula, dua pemproses ditawarkan, yang pertama pemproses 2.5GHz quad core Snapdragon 805 dan kedua pemproses octa-core Exynos 5433 dengan empat core Cortex-A53 berkelajuan 1.3GHz den empat lagi core Cortex-A57 tidak disenaraikan kelajuannya.

Ini menujukkan terdapat dua variasi berlainan untuk telefon pintar yang sama. Tidak mengejutkan bagi Samsung dan ia selari dengan khabar angin yang disebarkan sebelum ini.

Senarai itu turut menyenaraikan telefon pintar itu dilengkapi sebanyak 4GB RAM, satu jumlah RAM yang tidak pernah dilihat sebelum ini dalam sebuah telefon pintar Android atau mana-mana telefon pun. Selain itu, ia dilengkapi kamera utama 16MP dengan penstabil imej optikal dan LED berkembar.

Pilihan ruang storan yang ada adalah 16GB, 32GB dan 64GB dengan pilihan untuk mempertingkatkan ruang storan sehingga tambaha 128GB menggunakan slot kad Micro SD. Ia juga akan menjalankan Android 4.4.3 Kitkat.

Samsung-Galaxy-Note-4-specs-and-price-table-580-90

Apa yang tidak disebut adalah kapasiti baterinya dan ukuran telefon pintar tersebut, manakala gambar yang diberi kelihatan seperti Samsung Galaxy Note 3 menyebabkan kami merasakan ia mungkin bukan penyenaraian yang sebenar. Harga yang dipaparkan adalah IDR 9,499,000 iaitu lebih RM2500.

Apa pun, pelancaran telefon pintar sudah hampir tiba. Ada baiknya kita tunggu sahaja pengumuman rasmi dari Samsung untuk mengetahui spesifikasi produk sebenarnya.

0 comments:

Post a Comment