This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Acer Aspire V Nitro Bakal Menggegar

Acer telah melancarkan laptop terbarunya yang dipanggil Acer Aspire V Nitro yang menurut syarikat itu, menawarkan “pengalaman deria yang menakjubkan”. Satu kenyataan yang pelik bagi menggambarkan sebuah laptop tapi begitulah gambaran diberi oleh Acer untuk laptopnya itu.

acer_aspire_v_nitro-578-80

Acer Aspire V Nitro merupakan sebuah laptop yang memfokuskan kepada multimedia dan hiburan, dengan spesifikasi terbaik, rekabentuk menarik dan aksesori tambahan yang baik. Dalam pengumuman laptop tersebut, ia digambarkan sebagai, “Menyediakan hiburan kelas pertama kepada para penggunanya adalah salah satu titik tumpuan Acer apabila membangunkan siri Aspire V Nitro,”.

Laptop ini didatangkan dalam dua saiz skrin iaitu 15 inci dan 17 inci dan terdapat beberapa spesifikasi berlainan yang diterajui oleh Aspire V Nitro-Black Edition, yang menawarkan spesifikasi tertinggi yang mampu dimuatkan pada model laptop itu.

Laptop itu diperbuat menggunakan teknologi Nanoimprint Lithography lembut dengan kemasan logam tahan lasak, dengan penutup yang berteksture dan keyboard dengan lampu belakang berwarna merah. Ia juga menawarkan pemproses Intel Core generasi ke 4 dan ke 5 dan kad grafik GeForce sehingga GTX860M (dalam model Black Edition).

Ia juga dilengkapi skrin IPS 1080p anti-silau, bunyi keliling 4 speaker dan fungsi Dolby Digital Plus Home Theater serta teknologi penyejukkan dan penghilang habuk Acer dan antena WiFi 2×2 yang meningkatkan kelajuan WiFi. Antara ciri-ciri tambahan yang boleh dipasang padanya ialah pemacu blu-ray, 1TB HDD dan 256 SSD.

Laptop ini akan mula dipasarkan pada suku ketiga 2014 di negara-negara terpilih di Asia, Eropah, Timur Tengah dan Afrika. Walaubagaimanapun Acer belum lagi mendedahkan harga laptop ini kepada umum.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Panasonic Laptops

    ReplyDelete