Salah satu perkara yang menjadi dugaan buat waris keluarga untuk mereka yang telah meninggal dunia adalah untuk menutup akaun laman sosial mereka. Perkara lain yang bakal berlaku adalah penyebaran gambar-gambar peribadi si-mati meskipun dikongsi oleh si-mati tersebut, namun menimbulkan ketidakselesaan dan menyinggung perasaan waris keluarga. Perkara ini berlaku kepada Zelda Williams, yang menerima gambar-gambar yang tidak elok berkenaan ayahnya Robin Williams yang meninggal dunia minggu lalu.
Dalam melindungi dan menghormati waris si-mati, Twitter melalui wakil mereka telah mengumumkan yang mereka akan menerima permohonan dari waris untuk membuang sebarang imej atau video si-mati, sejak kecederaan kritikal berlaku sehinggalah kepada peristiwa sebelum dan selepas kematian. Permohonan boleh dibuat dengan cara menghantar email ke privacy@twitter.com.
Meskipun gambar yang akan dibuang oleh Twitter hanyalah gambar yang mungkin dalam lingkungan masa kemalangan atau kematian itu berlaku dan turut terhad kepada penilaian mereka, langkah sebegini dilihat bersesuaian dalam mengelakkan gambar yang menyinggung perasaan waris tersebar luas di laman sosial.
0 comments:
Post a Comment