Bulan September ini, pelbagai peranti baru dijadualkan untuk pengenalan, termasuk Galaxy Note 4 dan juga iPhone 6. Pihak Microsoft tidak ingin ketinggalan, dan dilihat turut menjadualkan sebuah acara khas bersempena IFA 2014 di Jerman, dimana mereka dijangka untuk memperkenalkan telefon Windows Phone dengan fokus terhadap selfie.
Telefon dengan fokus terhadap selfie ini bukan sesuatu yang baru, dimana pihak Sony dan Acer masing-masing pernah hadir dengan telefon pintar khusus untuknya – dimana turut hadir dengan LED Flash pada bahagian hadapan. Disamping itu, pelbagai pengeluar di China turut menggunakan kamera dengan sensor besar pada bahagian hadapan peranti mereka.
Microsoft dijangka akan memperkenalkan Lumia 730 pada acara 4 September ini, dimana ia dijangka akan hadir dengan skrin bersaiz 4.7-inci dengan kamera hadapan 5-megapixel. Apa pun, ia tidak diketahui apakah pihak Microsoft turut akan memperkenalkan pengoptimasian dari segi perisian ataupun sebaliknya.
Jadi, sama-sama kita nantikan apakah yang akan diumumkan Microsoft pada acara IFA 2014 ini.
0 comments:
Post a Comment