This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

iPhone 6 Bakal Dilancarkan 9 September

Masa yang ditunggu-tunggu peminat Apple akan tiba tidak lama lagi. Menurut laporan, Apple bakal mengadakan satu acara besar bersama media yang dijangka menampilkan iPhone 6 akan diadakan pada 9 September.


iPhone 6 Bakal Dilancarkan 9 September
Mengikut laporan laman web Recode yang memetik sumbernya, Apple akan mengadakan sebuah acara besar bersama media yang dijangka akan memperkenalkan 2 telefon pintar terbarunya, iPhone 6 4.7 inci dan 5.5 inci.
iphone6_dummy_front-580-90
Turut mengesahkan perkara tersebut adalah Wall Street Journal dan Bloomberg yang telah mengesahkannya setelah bercakap dengan sumber-sumber mereka tersendiri. Mereka juga mengesahkan dua saiz skrin bakal ditampikan iaitu 4.7 inci dan 5.5 inci.

Selain membesarkan saiz skrin, telefon-telefon pintar itu juga dikatakan akan dilengkapi skrin tahan calar diperbuat dari sapphire atau nilam dan pemproses terbarunya, A8.

Touch ID juga dijangka akan membuat penampilan semula dan dengan ciri-ciri automasi pada iOS 8, ia dijangka akan menampilkan fungsi-fungsi baru yang tidak terdapat pada telefon pintar iPhone 5S.

Acara pelancaran Apple sudah tentu tidak lengkap tanpa kehadiran iPad Air 2 dan iPad Mini 3 yang dijangka akan turut diperkenalkan pada acara tersebut. Terdapat kemungkinan besar iWatch akan turut membuat penampilan setelah sekian lama dikhabarkan.

Dengan khabar angin mengenai Macbook Air 12 inci dengan skrin Retina, iMac 4K, iMac 27 inci dan Apple TV baru, acara 9 September nanti bakal menjadi sebuah acara yang ditunggu-tunggu.

0 comments:

Post a Comment