This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

IPhone 6 4.7″ & 6L Akan Memiliki Bateri 1,810 & 2,915mAh

Awal bulan lalu kami melaporkan bahawa iPhone 6 4.7” akan mempunyai bateri berkapasiti 1,800mAh manakala iPhone 6 5.5” akan mempunyai kapasiti bateri sekitar 2,500mAh dan kini terdapat gambar yang boleh menyokong lagi dakwaan diatas.

iphone-6-and-iphone-6l-baterry-malaysia

Apple iPhone 6 4.7” dilihat akan mempunyai bateri berkapasiti 1,810mAh yang masih dilihat kecil jika dibandingkan dengan telefon pintar utama Android yang lain dan menariknya 50mAh dibawah kapasiti bateri Samsung Galaxy Alpha yang dilancarkan minggu lalu sebagai pencabar utama iPhone 6. Sebagai perbandingan, iPhone 5s memiliki bateri berkapasiti 1,560mAh.

Bercakap mengenai satu lagi unit telefon pintar Apple iaitu iPhone 6 dengan skrin paparan 5.5”, phablet pertama daripada Apple ini dijangka akan memiliki bateri berkapasiti 2,915mAh dan Apple Daily melaporkan model ini akan diberi nama iPhone 6L. Panel hadapan pada gambar dibawah dikatakan adalah iPhone 6L manakala disebelahnya adalah iPhone 6 4.7” walaupun tidak banyak perbezaan ketara antara kedua model ini.

iphone-6-and-iphone-6l-panel

Apa pun, Apple akan melancarkan kedua-dua model Apple ini bulan hadapan atau pada 9 September secara tepatnya dan dengan skrin paparan yang lebih besar, reka bentuk yang lebih nipis dan cip pemproses A8 berkuasa tinggi, Apple iPhone 6 di jangka akan mendapat sambutan hangat di pasaran telefon pintar dunia.

Dalam pada itu, sebagai pencabar kepada iPhone 6 4.7”, Samsung telah melancarkan Samsung Galaxy Alpha minggu lalu manakala pencabar iPhone 6L, iaitu Samsung Galaxy Note 4 pula akan dilancarkan di IFA 2014 pada 3 September 2014.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Fujitsu Laptops

    ReplyDelete