Microsoft Malaysia secara rasminya telah melancarkan telefon pintar budget Windows Phone 8.1 dengan kemaskini Cyan bagi pasaran tempatan. Nokia Lumia 530 akan menjadi satu lagi telefon pintar dengan sistem operasi Windows Phone 8.1 memasuki pasaran Malaysia selepas Lumia 630 dan Lumia 930.
Nokia Lumia 530 hadir dengan skrin paparan FWVGA berukuran 4.0-inci, pemproses quad-core Qualcomm Snapdragon 200 berkelajuan 1.2GHz yang disertakan dengan 512 RAM. Kamera Lumia 530 ini adalah 5MP dan sedikit mendukacitakan tiada kamera hadapan namun ianya disertakan dengan aplikasi Nokia Camera, Bing Vision dan Nokia Glam Me.
Lumia 530 mempunyai memori simpanan dalaman 4GB dan pengguna boleh menambah kapasiti memori simpanan sehingga 128GB dengan menggunakan kad memori MicroSD. Model ini juga dilengkapi dengan bateri berkapasiti 1430mAh dan mempunyai sokongan GPRS/ EDGE, 3G, Wi-Fi (802.11 b/g/n), Bluetooth (4.0), Dwi-SIM dan GPS.
Lumia 530 ini akan ditawarkan didalam 4 warna iaitu oren, hijau , kelabu dan putih namun pengguna juga boleh mengubah panel belakang mengikut citarasa mereka. Harga penjualan Lumia 530 ini adalah RM 355 dan akan dijual mulai 16 Ogos ini di Lembah Klang sebelum diperkembangkan ke seluruh negara seminggu kemudian.
Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
ReplyDeletePanasonic Laptops