Telefon pintar kalis air dan habuk kini menjadi trend kerana semakin banyak syarikat sudah mula menggunakan teknologi ini sebagai satu lagi kelebihan dan telah mendapat sambutan hangat. Berikut adalah antara 5 telefon pintar terbaik yang menawarkan ciri-ciri kalis air dan habuk.
Sony Xperia Z2
Sony merupakan antara syarikat gergasi yang memperkenalkan ciri kalis air pada telefon pintar dengan peranti pertama mereka adalah Xperia Z pada tahun 2013. Selepas itu hampir kesemua model atasan Sony disertakan dengan ciri kalis air dan habuk. Xperia Z2 meneruskan legasi Xperia Z1 dengan mempunyai pensijilan IP58 yang membolehkan model ini digunakan didalam air pada kedalaman yang ditetapkan.
Xperia Z2 boleh didapati di Malaysia pada harga RM 2399 dan model ini hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci, pemproses Snapdragon 801, 3GB RAM dan kamera 20.7MP.
Samsung Galaxy S5
Ini adalah kali pertama Samsung menyertakan ciri kalis air dan habuk pada model utama mereka dan seperti biasa model ini mendapat sambutan hangat. Samsung Galaxy S5 hadir dengan pensijilan IP67 yang membuktikan bahawa model ini lebih kalis habuk daripada Xperia Z2 namun tahap kalis air S5 adalah setakat pada kedalaman sehingga 1 meter selama 30 minit sahaja.
Kelebihan Galaxy S5 adalah, model ini mudah didapati dan lebih menariknya adalah model ini kini dijual pada harga RM 2149 walaupun harga penjualan asal ketika pelancaran adalah RM 2399. Samsung Galaxy S5 turut hadir dengan pengesan capjari, pengukur kadar degupan jantung dan reka bentuk yang lebih premium.
Samsung Galaxy S5 Active
Ini merupakan satu lagi versi Galaxy S5 namun model ini tidak lagi mempunyai pengesan cap jari. Galaxy S5 Active hadir dengan reka bentuk yang lebih tahan lasak. Model ini tahan hentakan dan mempunyai pensijilan IP67. Walaupun mempunyai sedikit perbezaaan, secara asasnya ini adalah model Galaxy S5 dan sedikit mengecewakan adalah, model ini tidak ditawarkan di Malaysia buat masa ini. Harga penjualan model ini di Amerika Syarikat adalah $659.99 atau sekitar RM 2104.
Sony Xperia Z1 Compact
Jika Xperia Z2 dan Galaxy S5 terlalu besar untuk anda, Xperia Z1 Compact pasti menjadi pilihan anda memandang model ini hadir dengan skrin paparan 4.3-inci namun spesifikasi model ini boleh hampir setanding dengan kedua model diatas. Z1 Compact hadir dengan pensijilan IP58, pemproses a quad-core Snapdragon 800, 2GB RAM dan kamera 20.7MP. harga penjualan model ini di Malaysia adalah RM 1699 dan kami pasti anda boleh mendapatkanya pada harga yang lebih rendah daripada harga runcit yang disyorkan.
Apple iPhone 6 (belum dilancarkan)
Walaupun belum dilancarkan, adalah berkemungkinan besar, iPhone 6 akan menjadi telefon pintar pertama Apple yang hadir dengan teknologi kalis air dan habuk. Banyak laporan sebelum ini telah mengesahkan bahawa iPhone 6 akan hadir dengan ciri kalis air dan habuk. iPhone 6 akan dilancarkan pada pertengahan bulan hadapan dan akan tiba di Malaysia pada penghujung bulan Oktober pada harga sekitar RM 2399.
0 comments:
Post a Comment