This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Xiaomi Mengemaskini Redmi Note Dengan Sokongan 4G

Nama Xiaomi boleh dikatakan semakin popular pada tahun ini, dan kini menduduki tangga kelima teratas dalam senarai pengeluar peranti paling banyak untuk tahun ini. Perkara ini turut membuatkan mereka menambah beberapa produk 4G dibawah portfolio mereka.

Xiaomi Redmi Note 4G

Setelah memperkenalkan Xiaomi Mi 4 dengan sokongan rangkaian 4G LTE, kini pihak Xiaomi turut mengumumkan kemaskini untuk keluarga Redmi Note yang turut ditambah dengan sokongan rangkaian 4G LTE.

Untuk menambah sokongan 4G, pihak Xiaomi menggantikan cip pemprosesan MediaTek sebelum ini kepada cip pemprosesan Snapdragon 400 1.6GHz. Redmi Note 4G juga hanya hadir dengan sokongan satu-SIM sahaja, berbeza dengan versi 3G yang hadir dengan dwi-SIM.

Secara keseluruhan, Redmi Note 4G ini membawakan cip pemprosesan Snapdragon 400 MSM8928 1.6GHz, memori sebanyak 2GB RAM, ruangan storan terbina 8GB (dengan sokongan mikro-SD), skrin bersaiz 5.5-inci IPS, kamera belakang 13-megapixel, dan bateri berkapasiti 3100mAh. Ia dilengkapi dengan Android 4.4 KitKat dan antaramuka MIUI 5.

Menariknya, Redmi Note 4G ini dilihat mengekalkan harga yang rendah seperti produk Xiaomi yang lain, sekaligus akan menjadi salah satu peranti dengan 4G pada harga rendah. Ia membawakan tanda harga 999 Yuan (~RM520) untuk pasaran China.

Redmi Note 4G ini akan diperkenalkan kepada pasaran China terlebih dahulu pada 12 Ogos ini, dan versi Redmi Note 4G dengan sokongan FDD-LTE bakal ditawarkan bermula 26 Ogos ini. Tarikh ia bakal ditawarkan untuk pasaran tempatan masih tidak diketahui lagi buat masa ini

0 comments:

Post a Comment