This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

LG G3 Stylus Tampil Mencabar Galaxy Note

Apabila bercakap tentang phablet Android, tentunya barisan phablet Galaxy Note muncul di minda pengguna. Namun kini ia bukannya satu-satunya pemain di pasaran phablet. LG telah mendedahkan phablet LG G3 Stylus dalam satu video yang diterbitkannya.

LG_G3_Stylus_tease-578-80

LG G3 Stylus Tampil Mencabar Galaxy Note 4
LG telah mendedahkan phablet LG G3 Stylus terbarunya dalam satu video yang diterbitkannya. Tidak banyak diketahui mengenai phablet tersebut, namun ia muncul di penghujung sebuah video promosi untuk telefon pintar LG G3 Beat, jadi kita boleh menjangkakan pengumuman mengenainya tidak lama lagi.

Phablet tersebut dijangkakan akan menampilkan skrin 5.9 inci, besar sedikit daripada LG G3 asal dan jika dilihat dari gambar di atas, ia memang kelihatan lebih besar dari model asal itu. Seperti dicadangkan dalam namanya, phablet tersebut akan juga menyertakan pen stylus.

Persoalannya bila ia akan dilancarkan? Satu kemungkinan besar adalah pada acara IFA 2014 di Berlin di mana Samsung akan mengadakan satu acara pelancaran pada 3 September bagi memperkenalkan secara rasmi Samsung Galaxy Note 4.

Ini bermakna mereka akan mendahului Apple dalam memperkenalkan produk terbarunya, iPhone 6 5.5 inci.


0 comments:

Post a Comment