This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

LG L Fino dan LG L Bello

LG telah mengumumkan dua buah telefon pintar baru iaitu LG L Fino dan LG L Bello yang akan dipamerkan pada acara IFA 2014 September ini. Telefon-telefon pintar ini disasarkan kepada pasaran telefon pintar bajet.

LG L Fino dan LG L Bello
LG telah memperkenalkan telefon pintar bajet LG L Fino dan LG L Bello. Menariknya tentang telefon pintar ini ialah ia turut membawa beberapa ciri yang diturunkan dari telefon pintar utama LG iaitu LG G3, termasuk Gesture Shot, Knock Code, QuickCircle Case dan lampu kamera hadapan.

LG L Fino, model bersaiz lebih kecil antara dua telefon pintar tersebut, dilengkapi skrin 4.5-inci 800 x 480, pemproses 1.2GHz quad-core, 1GB RAM, 4GB ruang storan dalaman, kamera utama 8MP  dan kamera hadapan VGA. Baterinya berkapasiti 1900mAh dan melarikan Android 4.4.2 KitKat.

Ia didatangkan dalam warna putih, hitam, emas, hijau dan merah, namun tidak semua warna dipasarkan pada semua pasaran. Ini meletakkannya dalam kelas sama dengan Lumia 530, yang merupakan satu pasaran yang mencabar.

LG L Bello pula dilengkapi skrin 5 inci, dengan resolusi 854 x 480 dan kepadatan piksel 196ppi. Bermakna gambarnya tidak setajam LG L Fino. Ia dilengkapi juga dengan pemperoses 1.3GHz, disokong oleh 1GB RAM dan 8GB ruang storan. Ia turut melarikan Andorid 4.4.2.

Dari segi kamera, ia dilengkapi dengan kamera utama 8MP yang sama dengan L Fino, namun dilengkapi kamera hadapan 1MP dam baterinya berkapasiti lebih besar pada 2540mAh. Pilihan warna yang ada hanyalah putih, hitam dan emas.

Kedua-dua telefon pintar ini akan mula dipasarkan di rantau 3G utama (kedua-duanya tidak mempunyai fungsi 4G) di Amerika Latin, namun LG telah mengesahkan ia akan memasarkan telefon pintar tersebut di lebih banyak negara di Eropah dan Asia tidak lama lagi.

Syarikat itu tidak mendedahkan sebarang tarikh pelancaran atau harga, tetapi dijangka ia akan didatangkan dengan harga yang kompetatif.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Alienware Laptops

    ReplyDelete