Pasaran tablet bakal dibanjiri tablet Windows 8.1 murah, namun berspesifikasi baik, bermula di pasaran negara barat. Tablet-tablet dari China ini adalah keluaran jenama yang mungkin anda tidak pernah dengar dan sepertimana dijanjikan Microsoft dan Intel, tablet ini akan hadir dam masa dua bulan akan datang.
Pasaran tablet dunia bakal dibanjiri tablet Windows 8.1 murah, kebanyakkannya dikeluarkan oleh pengeluar kecil dari China yang berkemungkinan besar tidak pernah dikenali sebelum ini. Walaupun tablet USD330 sedia ada keluaran Dell dan Acer boleh dianggap murah, laptop-laptop jenama dari China ini akan dijual sekitar harga USD160.
Seperti dalam kes tablet Android, syarikat-syarikat kecil dari China telahpun mula menjual netbook versi tablet dengan margin rendah. Terdapat sejumlah tablet yang telahpun mula dijual pada harga lebih sedikit dari USD160. Antaranya Emdoor EM-i8080, Voyo A1 Mini, Cube iWorks 8 dan Pipo W2.
Seperti netbook sebelumnya, tablet-tablet ini mempunyai spesifikasi sama dengannya, dengan pemproses quad-core Intel BayTrail-T, Z3735D, dengan kelajuan 1.8GHz, 2GB RAM, 32GB ruang storan dalaman,skrin 8-inci dengan resolusi 1,280 x 800 pixel, kamera hadapan dan belakang, Bluetooth, microUSB, microSD dan microHDMI dan Windows 8.1 dengan Bing.
Dengan kata lain, tablet-tablet ini mempunyai spesifikasi yang cukup baik untuk melarikan Windows 8.1 dengan baik. Tetapi apa yang lebih menarik ialah, ia agak mustahil untuk mendapat sebuah tablet Android dengan spesifikasi sama untuk harga yang lebih murah.
Penentuan harga yang agressif itu menunjukkan Intel mungkin telah mengikuti strategi Microsoft dengan mensubsidi pemproses paling murah keluarannya dan seterusnya membolehkan pengeluar OEM meletakkan harga di bawah tablet Android.
0 comments:
Post a Comment