This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Lenovo Vibe Z2 Pro Dilancarkan Secara Rasmi – 6-Inci QHD

Lenovo secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama terbaru mereka iaitu Vibe Z2 Pro dan anda pasti akan kagum dengan telefon pintar ini. Lenovo Vibe Z2 Pro hadir sebagai telefon pintar pertama yang dilengkapi dengan skrin paparan QHD daripada syarikat ini.

Lenovo-Vibe-Z2-Pro-malaysia-1

Vibe Z2 Pro hadir dengan skrin paparan IPS HD berukuran 6-inci beresolusi 2560 x 1440 piksel dengan kepadatan piksel mencecah 490ppi.

Spesifikasi lain bagi Lenovo Vibe Z2 Pro adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, 3GB RAM dan Adreno 330 manakala memori simpanan dalaman telefon pintar bagi telefon pintar ini adalah 32GB dan tiada sokongan kad microSD ditawarakan.

Lenovo Vibe Z2 Pro ini direka bentuk sepenuhnya berasakan besi dan mempunyai berat 179gram dengan kenipisan 7.7mm namun masih mempunyai bateri berkapasiti 4,000mAh.


Pada bahagian belakang pula, Vibe Z2 Pro hadir kamera 16MP OIS yang disertakan dengan dua Flash LED dan mampu merakam video 4K. versi yang dilancarkan ini adalah versi yang mempunyai dwi-SIM (GSM + LTE) namun versi satu SIM mungkin dilancarkan di pasaran Malaysia.

Lenovo Vibe Z2 Pro akan dilancarkan pada bulan hadapan didalam tiga warna iaitu hitam, emas dan putih dan negara pertama akan menerima model ini adalah Rusia pada harga RUB 29,990 atau sekitar RM 2,658 namun kami yakin harga penjualan di Malaysia pasti lebih rendah iaitu sekitar RM 1899 – RM 2099 dan tidak akan melebih harga maksimum RM 2399.

0 comments:

Post a Comment