This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Butiran iPad Air 2 Bocor

Apple dijangka akan melancarkan barisan tablet terbarunya bersama-sama barisan iMac dan Mac Mini pada satu acara yang akan diadakan dalam pertengahan bulan ini. Laman The Michael Report mendakawa ia telah dapat maklumat serta gambar tablet tersebut yang memaparkan spesifikasinya.

iPad Pro


Satu laporan yang dikeluarkan The Michael Report telah mendakwa ia mendapat maklumat serta gambar pertama iPad Air 2 yang dijangka akan dilancarkan dalam satu acara yang akan diadakan pertengahan bulan ini. Ia mengatakan bahawa Apple telahpun mula mengilang tablet itu secara besar-besaran di hadapan acara pelancaran tersebut.

Tablet tersebut dikatakan akan dilengkapi skrin yang dilaminasikan seperti telefon pintar iPhone. Ini bermakna ia akan menjadi lebih nipis berbanding model iPad Air lama. Ia dikatakan 0.5 inci lebih nipis dan akan dipromosikan sebagai  tablet paling nipis di pasaran.

Perubahan lain termasuk rekabentuk gril speaker yang baru, butang volume yang diubahsuai, kedudukan mikrofon yang dialihkan (dari bahagian atas tablet ke kedudukan berhampiran kamera di bahagian belakannya) dan satu warna baru iaitu emas. Kualiti skrin juga telah dipertingkatkan, namun tiada butiran diberikan.

Dari segi spesifikasi dalamannya, laporan tersebut menyenaraikan beberapa spesifikasi yang telah disebut dalam laporan lain, tetapi menambah maklumat spesifikasi kameranya, pilihan ruang storan dan iPay. Ia dikatakan dilengkapi pemproses A8, 2GB RAM dan pilihan ruang storan 32GB, 64GB dan 128GB .

Ia juga akan dilengkapi kamera 8MP dan kamera Facetime HD serta pengimbas cap jari Touch ID bagi menjalankan fungsi iPay padanya. Ia juga menyebut iPad Mini 3 juga akan dilancarkan dan akan menyertakan pilihan ruang storan 16GB yang tidak disertakan pada iPad Air 2. Walaubagaimanapun, laporan tersebut tidak menerbitkan gambar tablet tersebut.

Namun, bagi mereka yang mengharapkan pelancaran iPad Pro, ia tidak langsung disebut dalam laporan ini walaupun banyak dikhabarkan di internet. Apa pun, kita nantikan acara pelancaran tersebut untuk mengetahui lanjut.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Gateway Laptops

    ReplyDelete