This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Xiaomi Mi 4 Vs Oppo Find 7 QHD – Yang Mana Terbaik?

Xiaomi Mi 4 adalah telefon pintar terbaru yang dilihat sebagai satu lagi pencabar utama kepada Samsung sebagai peneraju Android dilihat akan menjadi pesaing utama kepada satu lagi telefon pintar dari negara China iaitu Oppo Find 7. Berikut adalah perbandingan antara Xioami Mi 4 dan Oppo Find 7.


Reka bentuk

xiaomi-mi-4-vs-oppo-find-7-malaysia

Xiaomi Mi 4 hadir dengan reka bentuk berasakan keluli dan syarikat China ini telah mengeluarkan modal yang besar untuk menghasilkan telefon pintar yang mempunyai reka bentuk berasakan keluli. Xiaomi Mi 4 juga dilihat mempunyai DNA seperti iPhone 5 dan model ini juga merupakan model kalis air dan habuk dengan pensijilan IP67. Bakal pembeli juga diberikan pilihan untuk memilih reka bentuk panel belakang mengikut citarasa tersendiri

walaupun tidak begitu terkenal di pasaran dunia, Oppo mempunyai reputasi tersendiri di pasaran China dan dengan reka bentuk yang kukuh, Find 7 pasti akan memberikan persaingan sengit kepada Galaxy S5. Reka bentuk Find 7 juga dilihat sangat ergonomik dan Oppo menjanjikan bahawa Find 7 akan mempunyai pengalaman penggunaan seperti telefon pintar bersaiz 5.0-inci walaupun ianya akan hadir dengan 5.5-inci kerana reka bentuk nya sangat nipis. spesifikasi penuh Oppo Find 7 disini


Skrin Paparan

xioami-mi-4-vs-oppo-find-7-qhd-malaysia-price-screen

Xiaomi Mi 4 hadir dengan skrin paparan 1080p keluaran Sharp atau JDI dan hadir dengan teknologi yang dikenali sebagai ‘One Glass Solution’. Skrin paparan ini mempunyai kepadatan piksel 441ppi dan Xiaomi dilihat masih belum bersedia untuk melakukan loncatan ke skrin paparan QHD pada model ini.

Find 7 adalah model utama bagi syarikat ini dan Oppo tidak mengecewakan pengguna apabila melancarkan Find 7 ini sebagai model pertama yang hadir dengan skrin paparan QHD. Walaupun mempunyai saiz yang sama seperti 7A, skrin paparan QHD ini mempunyai kepadatan piksel 538ppi dengan resolusi skrin 2560 x 1440 piksel. Selain itu, skrin QHD ini direka oleh JDI dan mempunyai teknologi ‘touch-on-lens’ serta juga mampu mengesan sentuhan jari yang basah. Find 7 juga mempunyai gelas perlindungan Gorilla Glass 3 daripada Corning.


Spesifikasi

xioami-mi-4-vs-oppo-find-7-qhd-malaysia-processor

Xiaomi Mi 4 hadir dengan pemproses Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz yang disertakan dengan 3GB RAM, memori simpanan dalaman 16GB atau 64GB ( tidak menyokong kad microSD) dan mempunyai bateri berkapasiti 3,080mAh. Telefon pintar terbaru Xiaomi ini juga akan menjadi telefon pintar pertama keluaran syarikat ini yang menyokong rangkaian 4G LTE.

Oppo Find 7 hadir dengan pemproses terbaru daripada Qualcomm iaitu Snapdragon 801 yang mempunyai kelajuan 2.5 GHz dan disertakan dengan 3GB RAM. GPU pada Find 7 ini adalah Adreno 330 manakala memori simpanan dalaman yang ditawarkan pada model ini adalah 32GB dan ianya juga menyokong kad memori microSD sehingga 128GB.

Kamera

xioami-mi-4-vs-oppo-find-7-qhd-malaysia-camera

Xiaomi Mi 4 hadir dengan kamera belakang 13MP Sony IMX214 dengan aperture F1.8 dan menyokong rakaman video 4K, kamera hadapan 8MP daripada Sony sekaligus meletakkan Xiaomi Mi 4 sebagai antara telefon pintar yang hadir dengan kamera ‘selfie’ terbaik bersama-sama Huawei Ascend P7.

Model Oppo Find 7 hadir dengan  teknologi kamera yang sama iaitu kamera 13MP Sony Exmor IMX214 BSI, kamera hadapan 5MP dengan lensa lebar 80 darjah. Selain itu, kamera pada kedua model ini juga mampu merakam video 4K, video 1080p dan juga video gerak perlahan 720p. kamera 13MP ini juga mempunyai satu ciri yang dikenali sebagai Super Zoom yang mana ianya akan mengambil 10 gambar secara serentak dan mengabungkanya menjadi satu imej berukuran 50MP.

Harga

xioami-mi-4-vs-oppo-find-7-qhd-malaysia-harga

Xiaomi Mi 4 akan mula ditawarkan 29 Julai ini melalui China Unicom sebelum ke syarikat telekomunikasi China yang lain pada bulan Ogos. Versi Antarabangasa Xiaomi Mi 4 ini dijangka mula dijual mulai penghujung tahun ini dan bukanya pada bulan September seperti dilaporkan sebelum ini, Xiaomi Mi 4 dijangka dijual pada harga 16GB – RMB1999 (sekitar RM1099) / 64GB – RMB2499 (sekitar RM1299) apabila ianya tiba di Malaysia

Setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai harga penawaranya di Malaysia diumumkan dan model dengan skrin paparan QHD ini hanya akan ditawarkan mulai bulan Jun. namun jika dibandingkan dengan harga penjualan di China iaitu 3,498 CNY maka harga penjualan Find 7 ini adalah sekitar RM 1,898.



1 comment:

  1. salam, saya ader jual phone clone, pelbagai brand ader, oppo n3, oppo r1, oppo f7, ip6+, ip6, ip5s, smsg note 4 dan banyak lagi, harga dijamin bawah rm500, berminat? pm saya di 01128755146

    ReplyDelete