This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

iPhone 6 Disertakan Kabel Lightening Baru?

Berpandukan sebuah gambar yang telah dibocorkan, Apple berkemungkinan akan memperkenalkan kabel lightening baru yang boleh berfungsi secar terbalik pada kedua-dua hujungnya.

Kabel Lightening Baru
Satu gambar yang dibocorkan Sonny Dickson menunjukkan Apple berkemungkinan akan memperkenalkan sebuah kabel lightening baru yang boleh berfungsi secara terbalik pada kedua hujungnya.

Sonny Dickson adalah orang yang bertanggungjawab membocorkan maklumat mengenai telefon pintar iPhone 5C sebelum ia dilancarkan tahun lepas. Kini beliau memposkan gambar di laman Twitternya yang menunjukkan kabel baru itu yang mana bahagian USBnya boleh disambungkan kepada adapter kuasa tidak kira arah mana ia dicucukkan.

Kabel tersebut kelihatan mempunyai bahagian penyambung di bahagian tengah berbanding bahagian tepi kepala penyambungnya. Ini membolehkan pengguna mencucuk kabel tersebut tanpa perlu memikirkan arah yang betul untuk mencucuknya.

Walaupun USB 3.1 yang menyertakan fungsi yang sama, belum diketahui bila standard baru itu akan dilancarkan. Sebaliknya, Apple boleh memperkenalkan kabel lightening baru itu dalam beberapa minggu sahaja lagi di mana ia dijangka melancarkan iPhone 6.

0 comments:

Post a Comment