This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

iPhone 6 Dilengkapi LTE-A

Selain spesifikasi iPhone 6 yang telah dibocorkan sebelum ini, telefon pintar itu dikatakan akan dapat mengakses data dengan lebih pantas dengan model Qualcomm yang lebih baru dilengkapi LTE-A.

LTE-A


iPhone 6 yang dijangka akan dilancarkan 9 September ini dikatakan akan dilengkapi modem Qualcomm yang lebih baru dilengkapi LTE Advanced. Walaupun iPhone 5 dan 5S dilengkapi cip Qualcomm MDM9615, sumber mengatakan papan induk iPhone 6 dilengkapi cip yang lebih baru, MDM9625. Cip ini menyokong LTE Advance yang boleh mencapai kelajuan 150Mbps.

Modem ini juga lebih tahan lasak dan beroperasi pada suhu yang lebih rendah walaupun dalam situasi beban yang lebih berat dari biasa.

Sungguhpun semuanya kelihatan menarik, namun realitinya cip Qualcomm MDM9625 bukanlah suatu yang baru, malah ia telah dilancarkan pada tahun 2012. Walaupun modem itu menyokong rangkaian LTE yang belum dilancarkan di seluruh dunia, ia tidak menyokong LTE-A kategori 6 yang mempunyai kelajuan yanb boleh mencapai 300Mbps.

Walaupun LTE-A kategori 6 hanya digunapakai di Korea Selatan, namun sokongannya telahpun dilengkapkan pada telefon pintar utama keluaran musim panas lepas seperti Samsung Galaxy S5 dan LG G3.

Apa pun masih ada masa yang panjang sebelum rangkaian-rangkaian di seluruh dunia dinaiktaraf ke LTE-A, malah di Malaysia, rangkaian LTE baru berusia setahun jagung dan tidak munasabah dari segi kos untuk menaiktaraf rangkaian sebegitu cepat.

Mungkin ia mengambil masa 2 generasi iPhone lagi sebelum rangkaian LTE Advance akan diterima dan diimplimentasi sepenuhnya di seluruh dunia. Dan pada masa itu tentunya Apple telah menyelesaikan masalah sokongan LTE Advanced iPhone.

0 comments:

Post a Comment