This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Apple Mempaten Touch ID Untuk iPad, Akan Hadir Ke Mac Juga?

Sudah hampir pasti Apple akan menyertakan teknologi keselamatan Touch ID pada tablet iPad Air 2 akan datang, lebih-lebih lagi memandangkan Apple telah mempaten Touch ID untuk peranti tabletnya.

Apple mempaten Touch ID untuk iPad

Apple dilaportkan telah memohon untuk mempaten Touch ID untuk peranti tabletnya. PatentlyApple telah membongkar satu pemfailan baru yang diterbitkan menunjukkan pengimbas cap jari itu ditempatkan di tengah butang Home seperti kedudukannya pada iPhone 5S.

Ok, mungkin itu tidak mengejutkan bagi pelbagai pihak, namun apa yang menarik tentang pemfailan paten ini ialah ia turut menunjukkan satu aksesori Touch ID yang boleh disambungkan kepada jek 3.5mm. Ia juga menyebut aksesori itu boleh juga hadir dalam bentuk sebuah aksesori USB yang boleh ditambah kepada peranti-peranti bagi tujuan melakukan proses pengesahan.

Menariknya, iPad dan iPhone tidak mempunyai port USB, membangkitkan pertanyaan adakah Apple merancang untuk membawa teknologi tersebut kepada barisan produk Mac OS X keluarannya?

Memandangkan Touch ID kini digunakan untuk mengesahkan pembayaran dan melindungi peranti dari digunakan oleh pengguna yang tidak sah, tidak mustahil jika syarikat tersebut memutuskan untuk membawanya kepada barisan produk Mac OS X. Ia boleh melakukannya dengan mengeluarkan peranti USB yang boleh digunakan dengan komputer Mac sedia ada dan membolehkan semua pengguna Mac menikmati teknologi keselamatan yang sama dengan iPhone 5S.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Fujitsu Laptops

    ReplyDelete