Selepas hampir setahun Samsung melancarkan Galaxy Mega 5.8 dan 6.3, ini adalah masa yang dilihat sesuai untuk syarikat Korea ini memperkenalkan gergasi terbaru ke pasaran dunia. Samsung Galaxy Mega 2 hangat diperkatakan dan kini lebih banyak maklumat mengenai model ini diketahui.
Samsung Galaxy Mega 2 dijangka akan memiliki skrin paparan 720p berukuran 6-inci, 1.5GB RAM, pemproses Qualcomm Snapgragon 400 berkelajuan 1.4GHz, 16GB memori simpanan dalaman, kamera 8MP manakala kamera hadapan adalah 2.1MP, bateri berkapasiti 2,800mAh dan Android 4.4 KitKat.
Mega 2 juga akan mempunyai sokongan rangkaian 4G LTE dengan VoLTE dan menariknya Samsung dilihat akan mengekalkan saiz skrin paparan Galaxy Mega ini seperti versi sebelumnya.
Selain itu, terdapat juga khabar angin yang mengatakan Samsung mungkin melancarkan dua model Galaxy Mega dengan skrin dan spesifikasi yang berbeza namun tidak dapat disahkan lagi.
Sebelum ini GFZBenchmark telah mengeluarkan satu data ujian yang mengatakan model Galaxy Mega 2 mungkin dilengkapi 1.8GB RAM dengan kamera utama 12MP manakala kamera selfie 4.7MP.
selain itu, berita baik bagi pengguna di Malaysia, Samsung Galaxy Mega 2 dijangka akan memasuki pasaran tempatan seawal bulan hadapan.
Samsung Galaxy Mega ini mungkin akan dilancarkan selepas Samsung Galaxy Note 4 yang akan dilancarkan di IFA 2014 awal bulan hadapan. Walaupun tidak diumumkan lagi, harga penjualan model ini dijangka sekitar RM 1499.
Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
ReplyDeleteAlienware Laptops