Jam tangan pintar Moto 360 sudah hampir pasti akan dilancarkan dalam masa terdekat. Baru-baru ini kita berpeluang melihat gambar peranti tersebut namun Motorola masih berdiam diri tentang spesifikasi dan butirannya. Kini satu set foto telah bocor menunjukkan beberapa butiran penting mengenai peranti tersebut.
Laman web kendalian Mr Gadget telah berjaya memperolehi satu set gambar jam tangan pintar Moto 360 sekali gus membocorkan beberapa ciri-ciri menarik padanya, termasuk gambarnya sedang disambungkan kepada doknya yang dipercayai sebuah pengecas wireless. Jam tangan ini juga merupakan jam tangan Android Wear pertama yang mempunyai kebolehan untuk dicas secara wireless.
Daripada gambar di atas, dilihat dok tersebut memegang jam tersebut supaya ia sentiasa menghadap ke hadapan, membolehkan pengguna melihat apa yang dipaparkan pada skrinnya.
Imej-imej tersebut juga menunjukkan bahagian belakang jam pintar tersebut dilabel dengan “optical heart rate sensor” atau sensor kadar denyutan jantung optikal, yang merupakan sesuatu yang agak menakjubkan. Tertera juga perkataan “wireless” charging dan “pedometer” serta penilaian tahap ketahanan terhadap air IP67.
Paling menarik ialah tertera di bahagian belakang itu dengan perkataan “Stainless Steel” yang sekaligus menghapuskan khabar angin yang mengatakan Motorola akan menggunakan plastik dalam buatan jam tangan pintarnya itu.
Mr Gadget menekankan bahawa bentuk Moto 360 yang bulat memerlukan aplikasi Android Wear untuk diubahsuai khas untuk digunakan pada jam tangan pintar itu. Sebagai contoh, aplikasi Wear Mini launcher masih belum dapat berfungsi pada jam tangan ini.
Jam tangan ini sememangnya kelihatan menarik, dengan rekabentuk besi keluli bulatnya. Diharapkan harganya ketika dilancarkan nanti tidak terlalu mahal. Tarikh pelancarannya belum diketahui.
0 comments:
Post a Comment