This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Laptop 14 Inci HP Bakal Mengalahkan Chromebook

Tidak lama dahulu COO  Microsoft Kevin Turner telah membayangkan kewujudan laptop Windows 8.1 yang berharga dalam lingkungan sama dengan Chromebook Google. Kini bukti kewujudan laptop 14 inci HP telah didedahkan oleh sebuah laman web dari Jerman, Mobile Geeks.

laptop 14 inci HP

Sebuah laman web Jerman,  Mobile Geeks telah mendedahkan kewujudan sebuah laptop 14 inci Windows 8.1. Laptop yang digelar Stream 14 ini dikatakan akan dilengkapi dengan pemproses AMD, 2GB RAM dan ruang storan 32GB  serta skrin 14 inci 1366 x 768.

Ruang storan sebanyak itu cukup untuk menempatkan Windows 8.1 serta sedikit lagi ruangan untuk aplikasi lain, namun apa yang lebih menarik ialah Microsoft akan menawarkan 2 tahun langganan ruang storan cloud OneDrive percuma dipakejkan bersama laptop ini. Laptop ini juga dikatakan akan dilengkapi kamera webcam 720p, sistem audio Beats Audio serta port HDMI.

Kelemahannya ialah ia akan mempunyai rekabentuk sama dengan laptop Chromebook 14 keluaran syarikat tersebut. Ia juga didatangkan dalam pelbagai warna menarik, sperti Chromebook 14.

Jika anda tidak menyedarinya, ini merupakan satu perkembangan yang memberi impak yang agak besar. Selama ini Chromebook keluaran Google telah menjadi satu peranti yang mudah dan murah untuk kegunaan pelajar sekolah di bawah program 1Bestari anjuran kerajaan. Namun, ia tidak begitu mendapat sambutan di luar sekolah kerana sebab praktikaliti, terutamanya kerana ia hanya menjalankan aplikasi web dan tidak menjalankan aplikasi seperti MS Office atau aplikasi versi penuh yang lain.

Dengan kehadiran laptop HP ini, dijangka banyak pelajar universiti atau kolej akan mampu memiliki laptop Windows 8.1 pada harga yang mampu milik. Tambahan pula dikatakan laptop 14 inci HP ini akan dijual pada harga USD199 atau lebih kurang RM640. Bermulalah persaingan Microsoft dan Google dalam arena laptop murah.

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Fujitsu Laptops

    ReplyDelete