This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Lazada Menawarkan Motorola Moto E Secara Eksklusif – RM369

Motorola Moto E secara rasminya telah dilancarkan di Malaysia dan buat masa ini, Motorola E ditawarkan secara eksklusif melalui Lazada pada harga RM 369.

motorola-moto-e-lazada-malaysia-exclusive

Motorola E hadir dengan skrin paparan qHD berukuran 4.3-inci yang mempunyai kepadatan piksel 256ppi dan disertakan dengan gelas keselamatan Corning Gorilla Glass 3. Motorola turut mendakwa bahawa telefon pintar ini tahan lasak dan kalis kepada keadaan basah.

Dari segi dalaman, Moto E hadir dengan pemproses dual-core Cortex A7 berkelajuan 1.2GHz dan mempunyai sistem operasi Android 4.4.2 KitKat. Motorola juga mengesahkan bahawa mereka akan sentiasa memberikan kemaskini versi Android terbaru bagi telefon pintar ini. Spesifikasi lain adalah, 1GB RAM, 4GB memori simpanan dalaman, sokongan kad microSD ( sehingga 32GB).

Motorola Moto E menyokong dwi-SIM, rangkaian 3G, , Wi-Fi 802.11n, Bluetooth, GPS dan mempunyai FM Radio. Dari segi kamera pula, Moto E mempunyai kamera belakang 5MP namun tiada kamera hadapan. Bateri 1,980mAh yang disertakan pada Moto E ini dikatakan mampu bertahan sehingga sehari dan telefon pintar ini mempunyai dimensi 124.8 x 64.8 x 12.3mm dengan berat 140gram.

Dengan harga penjualan RM 369, Motorola E pasti akan memberikan persaingan sengit kepada Lumia 530 yang baru dilancarkan awal minggu ini dan bakal dijual mulai esok. Rangkuman penuh pelancaran Lumia 530 disini. selain telefon pintar ini, Lazada turut menawarkan panel belakang didalam warna merah jambu, kuning dan turquoise  pada harga RM 39 setiap satu.

dapatkan maklumat lanjut mengenai Motorola Moto E di Lazada Malaysia

1 comment:

  1. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    Fujitsu Laptops

    ReplyDelete