Cara Tukar Fonts Pada Android Smartphone , ramai antara kita yang tertanya-tanya bagaimana cara untuk menukar font pada smartphone masing-masing bagi menggantikan font asal yang terdapat pada sistem smartphone.Terdapat beberapa cara mudah untuk anda menukar font antaranya ialah dengan menggunakan aplikasi yang dicipta khas untuk memudahkan proses menukar font smartphone anda.
Aplikasi pilihan kami kali ini ialah iFont , sebuah aplikasi yang dibangunkan oleh diyun dimana ianya direka khas bagi memudahkan pengguna siri Samsung Galaxy untuk menukar font smartphone masing-masing tanpa perlu root dan restart smartphone tersebut.Malangnya , ciri-ciri tersebut hanya disokong oleh smartphone Samsung dan bagi smartphone lain ,anda perlu memastikan smartphone anda telah pun di root dan phone perlu di reboot sejurus selepas font ditukar.
Bagi pengguna Samsung, anda hanya perlu download serta install aplikasi iFont pada phone masing-masing dan pilih font yang disediakan.Bagi pengguna jenama lain seperti Sony , HTC dll , pastikan phone telah di root sebelum aplikasi ini digunakan.iFont boleh di download secara percuma melalui Google Play Store.
Kami mempunyai lebih banyak senarai aplikasi terbaik yang telah disenaraikan di dalam kategori Aplikasi Android Terbaik dan jika anda ingin ketahui lebih banyak info mengenai smartphone, rujuk bahagian kategori di bahagian sidebar blog seperti android theme , koleksi aplikasi wajib install , senarai harga terkini dan info smartphone terbaru.
Entap
ReplyDeleteResmi A1
ReplyDeleteCAPTCHA
ReplyDelete