Satu laporan terbaru dari ETNews yang berpangkalan di Korea mendakwa bahawa generai terbaru telefon pintar Galaxy Note 4 yang dilancarkan pada bulan September ini hanya akan hadir dengan kamera 12-MP OIS dan bukanya kamera ISOCELL 16MP seperti yang pernah dilaporkan sebelum ini.
Sumber ini turut menjelaskan bahawa Samsung bersama rakan pengeluarnya telah membuka satu kilang pengeluaran di Tianjin China dan kilang ini akan membekalkan kamera 12MP bagi Galaxy Note 4. Kilang ini juga mampu mengeluarkan hampir 3 juta unit kamera setiap bulan yang dikatakan mampu memenuhi permintaan pasaran bagi model Phablet ini. Selain kamera belakang 12MP, Note 4 juga akan memiliki kamera hadapan 3.7-MP yang dilhat masih ketinggalan di belakang pencabar seperti Lenovo dan Huawei yang membekalkan telefon pintar mereka dengan kamera hadapan 5-8MP.
Walaubagaimanapun, perkara ini bukanlah sesuatu yang telah disahkan dan dilihat sedikit meragukan kerana langkah menggunakan kamera 12MP adalah berlawanan dengan prinsip Samsung yang sentiasa memberikan unit kamera yang lebih baik dari satu generasi ke generasi yang lain. Sebagai peringatan, Galaxy Note 3 hadir dengan kamera 13MP dan ujian AnTuTu bagi Galaxy Note 4 telah mendedahkan bahawa kamera 16MP adalah kamera yang akan dimiliki phablet terbaru ini.
Galaxy Note 4 akan dilancarkan di satu majlis khas yang diadakan serentak dibeberapa bandar utama seluruh dunia pada bulan September ini dan berkemungkinan besar lebih awal daripada pelancarn iPhone 6 yang dikatakan akan diadakan pada 19 September.
0 comments:
Post a Comment