This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Apple IPhone 6 Dijangka Hadir Dengan Kawalan Kamera Manual

Apple dikatakan akan membawa kawalan kamera secara manual melalui sistem operasi terbaru mereka iaitu iOS 8 dan jika benar, ini menandakan detik bersejarah kerana buat pertama kalinya Apple memberikan kebebasan kepada pengguna untuk melakukan perubahan pada sistem kamera.
iPhone-6-manual-camera-ios8

iOS 8 yang diumumkan awal bulan ini akan memberikan kawalan manual kepada hampir kesemua ciri kamera yang termasuk ISO, kelajuan shutter, mod fokus, pendedahan cahaya dan banyak lagi.

iphone-6-ios-8-camera-iphone-5s-apple

Walaubagaimanapun, harus kami ingatkan bahawa kesemua kawalan manual ciri-ciri kamera ini tidak akan ditawarkan pada aplikasi kamera iOS 8 dan Apple hanya telah menawarkan kesmua ciri ini kepada pembangun aplikasi melalui ‘AVCaptureDevice APIs’

Ini bermaksud kebanyakkan aplikasi kamera yang bakal menyokong iOS 8 ini akan hadir dengan kawalan kamera manual yang sama seperti aplikasi Nokia Camera dan hanya pendedahan cahaya boleh dikawal melalui aplikasi kamera iOS 8.

0 comments:

Post a Comment