This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Kenali Apa Itu “Hardbricked” dan “Softbricked” Dan Cara Baiki

Artikel ini ditulis bagi menjawab segala persoalan serta segala kekeliruan mengenai apa itu “hardbricked” dan juga “softbricked” pada android smartphone.Kebanyakkan pengguna masih tak tahu atau kabur mengenai 2 perkara ini. Penjelasan yang ditulis dalam artikel kali ini ialah mengikut pemahaman serta beberapa kajian dan bacaan di xda developers.

APA ITU HARDBRICKED ?

Istilah hardbricked digunakan apabila android smartphone korang mengalami masalah selepas melakukan proses “Unlocked Bootloader” kebiasaannya kes ni berlaku disebabkan tersalah step semasa unlocked bootloader dan “production code” berbeza dari yang dibenarkan untuk proses UB.

Sebagai contoh, bagi Xperia X8 hardbricked akan berlaku apabila production code bagi phone tersebut atas daripada 11w26.bermaksud 11w27 28 29 30 dan lain-lain keatas.

TANDA-TANDA HARDBRICKED :
  1. Phone korang tiada tanda-tanda boleh hidup langsung.
  2. Cas tak berkesan.
  3. Phone tak di detect apabila disambungkan ke komputer
  4. Lampu LED tak menyala langsung
  5. Tiada vibrate
  6. Phone tak boleh “On” walau dengan apa cara sekali pun.


Apabila hardbricked berlaku kepada phone korang, ianya tidak boleh di baiki menggunakan SEUS, FLASHTOOL mahupun PC COMPANION.Kenapa aku kata tak boleh baiki langsung menggunakan software diatas?

Seperti yang aku sebut, antara tanda-tanda hardbricked ialah phone korang tak dapat di kesan [detect]oleh komputer apatah lagi software diatas.Ketiga-tiga software tersebut, Flashtool,PC Companion dan SEUS memerlukan phone untuk di kesan sebelum proses membaiki/upate dilakukan.Jadi, kalau phone hardbricked dan tak dapat di kesan oleh software tu, macam mana nak baiki.

“Phone saya hardbricked berjuta-juta kali tapi boleh je di baiki guna software diatas?!”
Macam yang aku tulis dekat atas, kalau boleh dibaiki menggunakan software tersebut itu bukan nya hardbricked, itu kita panggil sebagai “softbricked”.

APA ITU SOFTBRICKED?
Istilah softbricked berlaku apabila phone korang mengalami masalah tertentu. Kebiasaanya softbricked terjadi selepas melakukan proses menginstall custom rom ataupun korang tersalah install sesuatu yang tidak sesuai [not compatible]dengan phone masing-masing.

TANDA-TANDA SOFTBRICKED
  1. Phone tersekat pada logo sony ericsson.
  2. Phone tersekat pada logo “bootanimation”
  3. dan lain-lain.


PUNCA SOFTBRICKED SELEPAS INSTALL CUSTOM ROM
  1. Rom yang digunakan tidak sesuai dengan jenis phone.contoh rom samsung korang pergi install dekat phone sony ericsson.
  2. Google Apps tidak diinstall selepas selesai flash rom.Sesetengah rom memerlukan korang untuk flash/install google apps sejurus selepas selesai flash rom.Contoh seperti rom minicm7.
  3. Rom yang diinstall tidak sesuai dengan kernel yang digunakan.Sebenarnya terdapat 2 jenis rom iaitu stock kernel rom dan juga custom kernel rom.Stock rom ialah untuk mereka yang masih Unlocked Bootloader manakala custom kernel rom pulak untuk mereka yang dah unlocked bootloader dan flash kernel tertentu.
  4. Tak full wipe/wipe data/factory reset serta wipe cache selepas flash rom juga akan menyebabkan korang mengalami softbricked.
  5. Tidak mengikut arahan install dengan teliti.


CARA MEMBAIKI PHONE APABILA SOFTBRICKED
Antara cara yang boleh digunakan ialah :
  1. Menggunakan Pc Companion
  2. Menggunakan SEUS.
  3. Menggunakan Flashtool


0 comments:

Post a Comment