This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

100 Ribu LG G3 Dijual Dalam Masa 5 Hari – Mengatasi S5

LG_G3_malaysia_price
LG G3 yang dilancarkan dua minggu lalu telah mula dijual di Korea sahaja, dan penjualan model dengan skrin paparan QHD ini dikatakan sangat memberangsangkan sehingga laporan terbaru mengatakan bahawa sebanyak 100,000 ribu unit model ini telah dijual didalam masa 5 hari pertama.

Laporan ini ternyata ada logiknya memandangkan sebelum terdapat laporan daripada media korea yang mengatakan penjualan LG G3 di Korea mengatasi penjualan model utama Samsung iaitu Galaxy S5. LG dilaporkan menjual 25 hingga 30 ribu unit G3 sehari manakala Samsung hanya menjual 7 hingga 8 ribu unit S5 setiap hari.
Dengan statistik terbaru ini, adalah selamat untuk kita perkatakan bahawa Samsung harus segera melancarkan model Galaxy F atau Galaxy S5 Prime yang mana reka bentuk model ini telah dipaparkan oleh Evleaks.
3_G3_Colour_Range_low
Berbalik kepada LG G3, model tahun ini juga telah jauh mengatasi penjualan model G2 yang mana hanya 10 ribu unit dijual setiap hari.
Walaubagaimanapun, keputusan LG untuk menjual LG G3 di Korea terlebih dahulu tidak begitu disenangi dan mempunyai keburukanya. Samsung berbangga dengan rekod penjualan 10 juta unit didalam masa 25 hari yang pertama iaitu kira-kira 2 juta unit sehari dan dilancarkan serentak di 125 negara.
Samsung boleh dikatakan berada di kelas tersendiri namun tiada apa yang boleh mengatasi rekod penjualan Apple melalui telefon pintar iPhone mereka yang mana sebanyak 5 juta unit dijual didalam masa 3 hari pertama.
Dengan pelancaran ke pasaran lain tidak lama lagi, kami pasti LG G3 akan memecahkan lebih banyak rekod yang sebelum ini hanya mampu dipecahkan oleh Samsung dan Apple.

0 comments:

Post a Comment