This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

WP 8.1 Mempunyai Fungsi Anti Curi

Fungsi anti curi telah berada dalam pelbagai jenis telefon pintar selama ini. Kini Microsoft juga merancang untuk melengkapkan pengguna Windows Phone 8.1 dengan fungsi anti curi yang sama.
Fungsi Anti Curi
Microsoft akan memasukkan fungsi anti curi ke dalam sistem pengoperasian Windows Phone 8.1. Syarikat pembangun Windows itu menerbitkan pos pada blog rasminya yang memperincikan rancangannya untuk menyertakan fungsi anti curi dalam kemaskini WP 8.1 akan datang.

April lalu, Microsoft telah menandatangani Smartphone Anti-Theft Voluntary Commitment (Komitmen Sukarela Anti Curi Telefon Pintar) anjuran CTIA dan kini syarikat itu menjanjikan satu fungsi seakan fungsi Find My Phone pada iOS untuk WP 8.1 yang akan hadir sebelum tarikh sasaran Julai 2015 yang ditetapkan CTIA.

Fungsi ini tidak akan hadir dalam masa terdekat, namun menurut Microsoft, fungsi ini akan membolehkan pengguna memadam data pada telefon pintar secara jarak jauh. Pengguna juga boleh mengunci peranti tersebut menyebabkan ia tidak boleh digunakan melainkan untuk membuat panggilan kecemasan. Setelah dikunci, hanya mengguna asal boleh menghidupkannya kembali. Jika pengguna mendapat kembali telefon pintarnya, beliau boleh memasukkan semula data yang disimpan di Cloud.

Sistem anti curi sememangnya terbukti menjadi asset dalam mengurangkan kecurian telefon pintar. Sejak pengenalan iCloud Activation Lock pada peranti iOS 7, Polis London melaporkan penurunan 24% kecurian iPhone manakala di San Francisco, penurunan yang dicatatkan adalah 38%.

Microsoft bukan satu-satunya pengeluar yang akan menyertakan fungsi anti curi pada perantinya, malah syarikat seperti  Samsung, Google, HTC, Nokia, Motorola dan Huawei telah menandatangani komitmen sama yang dianjurkan CTIA.

0 comments:

Post a Comment