This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Samsung Galaxy F Akan Bersaing Dengan iPhone 6?

Samsung kebelakangan ini mengelakkan diri dari konfrentasi terbuka dengan Apple dan ia kini deilaporkan akan mengeluarkan sebuah telefon pintar bagi menyaingi iPhone 6 yang dijangka dilancarkan September ini. Telefon pintar yang dimaksudkan ialah Samsung Galaxy F.

Pembocor maklumat peranti baru terkenal @evleaks telah tampil dengan mendakwa bahawa telefon pintar premium Samsung Galaxy F akan berada dalam persaingan iPhone 6 dalam masa 90 hari lagi.
Samsung Galaxy F
Menurut seorang pemberi maklumat yang tidak dikenali, telefon pintar tersebut akan dilancarkan pada bulan September, satu bulan di mana kebanyakan pengeluar akan mengelak kerana ia merupakan bulan di mana telefon pintar Apple iPhone akan dilancarkan.

Samsung tidak gentar untuk menampilkan telefon pintar Galaxy F, yang bakal menggantikan Galaxy S5 dan dilengkapi skrin Quad HD hebat 5.2 inci dengan resolusi 2560 x 1440.

Khabar angin mengenai sebuah peranti yang lebih hebat berbanding telefon pintar Galaxy S5 telah bermula hujung tahun lepas, apabila sumber dalam industri mendakwa syarikat itu telah menyasar untuk melancarkan peranti tersebut pada bulan Mac.

Namun, tarikh tersebut telah lepas dan telefon itu tidak juga muncul dan kebelakangan in gambar yang dibocorkan berkenaan peranti tersebut seolah mengesahkan skrin 2K padanya.

Bagi menghampakan lagi pemilik Samsung Galaxy S5, dikhabarkan telefon pintar itu akan dilengkapi pemproses Snapdragon 805 dan 3GB RAM dan kamera utama 16MP.

Apa pun, kita perlu lihat dahulu apa yang akan ditawarkan Apple dengan iPhone 6. Apa yang pasti ia pastinya satu persaingan yang hebat antara Apple dan Samsung

0 comments:

Post a Comment