LG G Watch dijangka akan menjadi jam tangan pintar pertama yang melarikan sistem pengoperasian peranti boleh pakai, Android Wear, dan satu senarai apa yang dipercayai spesifikasi jam tangan pintar itu telah bocor ke web dibocorkan @UpLeaks, di samping tarikh pelancarannya yang dikatakan akan dibuat pada 7 Julai, hasil laporan laman web MoDaCo.
LG G Watch Akan Dilancarkan 7 Julai?
Satu laman web teknologi, MoDaCo, telah mendedahkan bahawa tarikh pelancaran jam tangan pintar Android Wear LG G Watch adalah 7 Julai. Pembocor maklumat teknologi @UpLeaks pula telah mendapat satu senarai apa yang dipercayai spesifikasi jam tangan pintar tersebut.
Senarai tersebut menyenaraikan jam tangan itu dilengkapi skrin 1.6 inci dengan resolusi 280 x 280, bateri 400mAh dan ruang storan 4GB. Senarai tersebut juga mengatakan ia mempunyai masa sedia 36 jam dan boleh dicas dalam masa 2 jam. Laman web Android Authority juga mengatakan pengguna boleh menulis nota dan memo menggunakan suara.
Tarikh pelancaran 7 Julai yang didedahkan MoDaCo adalah kurang dua minggu selepas persidangan Google I/O di San Francisco dilangsungkan pada 25 Jun ini. LG G Watch dikatakan akan diperlihatkan pada persidangan tersebut sebagai peranti contoh Google Wear. Laporan sebelum ini juga mengatakan ia akan diberikan secara percuma kepada para peserta persidangan tersebut.
Walaupun tarikh pelancarannya agak munasabah, laporan mengatakan ia akan mempunyai harga jualan yang lebih rendah berbanding Samsung Galaxy Gear 2 Neo (USD270+/-) mungkin sukar dipercayai. Laporan sebelum ini mencadangkan harga jualannya akan ditetapkan pada USD300 , namun semuanya akan diketahui dalam beberapa minggu lagi.
0 comments:
Post a Comment