This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Xiaomi Mi3 Vs Redmi 1s Vs Redmi Note – Mana Patut Anda Beli?

Selepas memasuki pasaran Malaysia dengan telefon pintar utama mereka iaitu Xiaomi Mi3, syarikat yang berpangkalan di China minggu lalu telah mengumumkan akan mula menawarkan dua lagi model telefon pintar budget iaitu Redmi 1s dan Redmi Note. Walaupun Xiaomi Mi 3 merupakan model utama syarikat telefon pintar ini, perbezaan antara ketiga-tiga model ini hanya la sekitar RM 100 sehingga RM 200. Disebabkan ini kami telah membandingkan ketiga model Xiaomi ini dan memberikan anda sedikit petunjuk akan model mana yang patut anda beli.

xiaomi-malaysia-mi3-vs-redmi-1s-redmi-note-harga-price-screen

Skrin paparan

Jika dahulu, telefon dengan skrin paparan kecil menjadi kegilaan, kini trend ini kelihatan sudah terbalik apabila pengguna lebih menggemari skrin paparan yang lebih besar.

Xiaomi Mi 3 hadir dengan skrin paparan Full HD IPS berukuran 5-inci yang mempunyai kepadatan piksel 441ppi dan merupakan telefon pintar dengan skrin paparan IPS 1080p termurah didunia.

Xiaomi Redmi 1s pula hadir dengan skrin paparan IPS 4.7-inci yang memyokong resolusi 1280 x720 dan mempunyai kepadatan piksel 312ppi.

Xiaomi Redmi Note merupakan telefon pintar dengan skrin paparan terbesar yang ditawarkan oleh Xiaomi di Malaysia, model ini mempunyai skrin paparan IPS 720p berukuran 5.5-inci dan mempunyai kepadatan piksel 267ppi.

detail-cpu-01-wcdma

Spesifikasi dalaman

Xiaomi Mi 3 – pemproses Snapdragon 800 berkelajuan 2.3GHz, 2GB RAM dan mempunyai memori simpanan dalaman 16GB ( tiada versi 64GB buat masa ini). Kamera pada Xiaomi Mi 3 adalah kamera 13MP Sony BSI f/2.2 dengan kamera hadapan 3MP selain bateri berkapastiti 3,050mAh. Sedikit mengecewakan adalah, tiada slot microSD bagi telefon pintar ini dan berasaskan Android 4.3 Jelly Bean dengan MIUI. spesifikasi penuh Xiaomi Mi 3 disini

Xiaomi Redmi 1s hadir dengan pemproses Qualcomm MSM8228 Snapdragon berkelajuan 1.6GHz, 1GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman ( menyokong kad memori microSD sehingga 32GB), kamera belakang 8MP, kamera hadapan 1.3MP dan dilengkapi bateri berkapasiti 2,000 mAh. spesifikasi penuh Xiaomi Redmi 1s disini

Xiaomi Redmi Note pula hadir dengan pemproses Mediatek MT6592 berkelajuan 1.7GHz, 2GB RAM, 8GB memori simpanan dalaman (menyokong kad memori microSD sehingga 32GB), kamera belakang 13MP, kamera hadapan 5MP dan dilengkapi bateri berkapasiti 3,200 mAh. spesifikasi penuh Xiaomi Redmi Note disini

redmi-note-redmi-1s-xiaomi-malaysia1

Harga dan tarikh penjualan

Ketika dilancarkan awal bulan lalu, Xiaomi Malaysia menawarkan Mi 3 pada harga RM 889 namun mulai awal bulan ini, model utama Xiaomi di jual pada harga RM 729.

Xiomi Redmi 1s dijual pada harga RM 419 dan akan mula dijual mulai minggu hadapan iaitu 8 Julai 2014.

Xiaomi Redmi Note pula akan dijual pada harga RM 509 dan bagi anda yang ingin memiliki telefon pintar ini , anda harus menunggu sehingga penghujung bulan ini, kerana model ini hanya akan dijual pada 22 Julai 2014.

xiaomi-mi3-malaysia

Mana patut anda beli

Persoalan ini adalah sedikit rumit untuk kami jawab memandangkan pilihan untuk membeli telefon pintar adalah bergantung kepada citarasa dan budget pembeli namun model terbaik disini sudah pastinya Xiaomi Mi 3 yang dijual pada harga RM 769 dan merupakan telefon pintar terpantas didunia namun salah satu kekurangan model ini adalah ianya tidak mempunyai slot microSD.

Dengan perbezaan antara setiap model hanya lah RM 100 – RM 200, ketiga-tiga model ini dilihat sangat berpatutan dan mampu dimiliki.

0 comments:

Post a Comment