Kickstarter sedia memperlihatkan pelbagai idea menarik yang berjaya direalisasikan. Terbaru, yang masih dalam fasa pengumpulan dana adalah PowerUp 3.0 yang ingin membolehkan pengguna untuk mengawal “kapal terbang kertas” menggunakan telefon pintar mereka.
Untuk menggunakan PowerUp 3.0, pengguna hanya perlu menambah sebuah “Smart Module” khas pada kapal terbang kertas mereka, kemudiannya ia boleh dikawal menggunakan aplikasi khas untuk telefon pintar. Pengguna juga boleh mengerakkan telefon pintar mereka ke kiri dan ke kanan dalam usaha untuk mengawalnya, selain mengawal had lajunya.
Bateri yang disertakan bersama-sama “Smart Module” ini dikatakan akan menyokong penerbangan sehingga 10 minit dalam satu cas penuh.
0 comments:
Post a Comment