Motorola Moto E vs Moto G, Motorola hari ini mencuri tumpuan pengguna android seluruh dunia apabila memperkenalkan dua model terbaru mereka iaitu Motorola Moto E dan juga Moto G LTE. Berada di dalam kelas low-end device, kedua-dua smartphone tersebut kelihatan hampir sama dan diperkenalkan pada harga yang sangat rendah.
Jadi apa perbezaan antara kedua-dua smartphone ini ? Untuk rekod, Motorola Moto G LTE baru sahaja diperkenalkan baru-baru ini menjadikan terdapat 2 jenis Moto G di dalam pasaran kelak.
MOTOROLA | MOTO E | MOTO G |
Display | 4.3-inch 960 x 540 | 4.5-inch 1280 x 720 |
Processor | 1.2GHz dual-core Qualcomm Snapdragon 200 | 1.2GHz quad-core Qualcomm Snapdragon 400 |
RAM | 1GB | 1GB |
Battery | 1,980mAh | 2,070mAh |
Memori | 4GB (2.21GB usable) + Sokongan sdcard sehingga 32GB | 8/16 GB ( MOTO G LTE turut menyokong sdcard sehingga 32GB) |
Waterproofing | Water Splash proof | - |
Camera | 5MP | 5MP |
Software | Android 4.4.2 Kit Kat | Android 4.4.2 Kit Kat |
SKRIN
Motorola Moto E didatangkan dengan skrin yang sedikit lebih kecil dan mempunyai resolusi yang lebih rendah berbanding Motorola Moto G. Dilengkapi skrin bersaiz 4.3 inci dengan resolusi 960 x 540 ianya berbeza dengan Moto G yang mempunyai skrin bersaiz 4.5 inci dengan resolusi HD 720p. Ini menjadikan perbezaan kualiti gambar yang agak ketara pada kedua-dua smartphone ini.
PROCESSOR
Kedua-dua Moto E dan Moto G mempunyai ram sebesar 1GB namun dilengkapi processor berlainan. Moto E mempunyai processor dual-core Snapdragon 200 berkelajuan 1.2GHz berbeza dengan Moto G yang mempunyai processor quad-core Snapdragon 400 berkelajuan 1.2GHz. Prestasi Moto G secara nyata akan sedikit lebih baik berbanding Moto E terutama dari segi proses multi-tasking dan bermain games namun tidak akan terlalu ketara buat pengguna biasa.
KAMERA
Kedua-dua Moto E dan Moto G dilengkapi kamera dengan saiz megapiksel yang sama iaitu 5 megapiksel namun apa yang membezakan antara keduanya ialah Motorola Moto E tidak mempunyai kamera hadapan. Moto G pula dilengkapi dengan kamera hadapan 1.3 megapiksel. Jika anda seorang yang gemarkan ber’selfie’, Moto E mungkin tidak sesuai buat anda.
KAPASITI MEMORI
Motorola Moto E didatangkan dengan memori terbina sebesar 4GB dan hanya 2.21GB tersedia untuk pengguna. Motorola mengambil langkah bijak dengan memperkenalkan sokongan slot mikro-sd pada Moto E dimana ia menyokong sdcard sehingga 32GB. Bagi Moto G pula, untuk model lama, smartphone tersebut tidak mempunyai slot sdcard dan akan tetapi mempunyai memori terbina sebesar 8 dan 16GB. Motorola Moto G 4G LTE pula turut mempunyai kapasiti memori terbina yang sama namun dilengkapi slot sdcard yang menyokong sehingga 32GB menjadikan ia lebih baik berbanding Moto E.
SAIZ BATERI
Secara atas kertas, Motorola Moto E mempunyai saiz bateri yang sedikit lebih kecil berbanding Moto G iaitu hanya bersaiz 1980mAh. Moto G pula didatangkan dengan bateri bersaiz 2070mAh. Kami berpendapat , kedua-duanya akan mempunyai prestasi bateri yang sama memandangkan Moto E menggunakan spesifikasi yang lebih rendah berbanding Moto G menjadikan penggunaan bateri nya lebih rendah juga. Ia akan menjadi seimbang dari segi ketahanan bateri untuk kedua-dua model.
KESIMPULAN
Seperti dinyatakan diatas, tidak adil untuk dibandingkan antara kedua smartphone ini memandangkan kedua-duanya berada dalam kelas masing-masing. Artikel ini hanya lebih kepada panduan kepada anda untuk membuat keputusan samada untuk membeli Motorola Moto E atau menambah sejumlah kecil wang untuk membeli motorola moto G yang mempunyai spesifikasi lebih akan tetapi sedikit lebih mahal.
Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
ReplyDeleteCyberPowerPC Laptops