Samsung menjadualkan sebuah acara media khas pada minggu ini, dimana mereka dijangka akan memperlihatkan keluarga tablet baru mereka – Galaxy Tab S. Ia dijangka akan menyertakan pelbagai ciri-ciri premium padanya, lebih kurang sama seperti Galaxy S5.
Lanjutan daripada gambar tertiris sebelum ini, hari ini sebuah gambar baru turut hadir, memperlihatkan sokongan menjawab panggilan pada tablet berkenaan. Daripada gambar yang diperlihatkan, ia kelihatan seperti pengguna boleh menghubungkan telefon ke tablet, dan menjawabnya melalui tablet berkenaan. Namun, pada masa yang sama, berkemungkinan fungsi yang diperlihatkan juga mungkin mempunyai kaedah kawalan yang lain.
Galaxy Tab S dikatakan akan hadir menggunakan skrin 10.1-inci, dilengkapi resolusi 2560×1600 pixel, menggunakan cip pemprosesan Exynos 5420 lapan teras, memori sebanyak 3GB RAM, dan kamera belakang 8-megapixel. Tablet ini turut dikatakan akan menggunakan Android 4.4.2 KitKat, serta antaramuka TouchWiz daripada Samsung.
Selain sokongan panggilan telefoni ini, tablet ini turut dijangka akan menyertakan pengimbas cap jari, sokongan Download Booster, dan pelbagai perkara yang lain – menyerupai Galaxy S5.
Samsung menjadualkan acara khas mereka pada penghujung minggu ini, dan mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenainya melalui acara berkenaan.
Barisan tablet Samsung Galaxy Tab S telahpun sedia untuk dilancarkan pada 12 Jun ini, namun, jika diambil kira berapa banyak kebocoran gambar dan maklumat mengenai peranti tersebut, terdapat lagikah aspek tablet ini yang belum diketahui umum sebelum acara pelancarannya?
Samsung Galaxy Tab S 10.5 Setebal 6.6mm
Berikutan pembocoran peranti Samsung Galaxy Tab S model 10.5 dan 8.4 inci dalam minggu-minggu lalu, laman web SamMobile telah menerbitkan lagi gambar peranti tersebut bagi memberi peminat tablet gambaran apa yang boleh diharapkan daripada Samsung.
Pertama sekali, pada ketebalan 6.6mm, tablet ini mungkin cukup nipis untuk dimasukkan ke dalam sampul surat. Itu adalah 0.9 mm lebih nipis daripada iPad Air. Ia juga 4g lebih ringan daripada pesaingnya itu pada berat 465g berbanding 469g untuk iPad Air.
Samsung Galaxy Tab S 10.5
Tablet ini mempunyai bahagian belakang yang berlubang-lubang, sama seperti Samsung Galaxy S5, di samping bahagian tepi yang tampak menarik diperbuat dari tembaga. Gambar-gambar dari SamMobile itu juga memperlihatkan mod Remote PC yang kelihatan seperti tablet tersebut boleh memaparkan output dari komputer PC.
Dipaparkan juga aplikasi yang membolehkan pemaparan dail telefon Samsung Galaxy pada skrin. Dijangka ini membayangkan fungsi yang membolehkan pemilik tablet ini, yang juga memiliki telefon pintar Galaxy, membuat panggilan menggunakan tablet tersebut. Ia lebih kurang sama dengan fungsi yang diumumkan untuk iOS 8 yang membolehkan panggilan dibuat daripada iMac dan iPad.
Apa pun, gambaran lebih mendalam tentang tablet ini akan dapat diperoleh apabila ia dilancarkan pada 12 Jun ini.
0 comments:
Post a Comment