This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Motorola Moto G LTE Bakal Tiba Di Malaysia

Motorola Moto G LTE dijangka akan tiba di Malaysia dalam masa terdekat selepas pengedar sah produk Motorola di Malaysia iaitu Brightstar telah mengemaskini halaman produk Moto G dengan maklumat mengenai model terbaru ini.
motorola-moto-g-4g-lte-malaysia-harga

Motorola Moto G LTE akan ditawarkan didalam satu kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 8GB dan juga menyokong kad memori microSD sehingga 32GB. Spesifikasi lain bagi model LTE ini adalah sama seperti model 3G dwi-sim iaitu skrin paparan 720p 4.5-inci, pemproses Snapdragon 400 berkelajuan 1.2GHz, 1GB RAM dan kamera 5MP pada bahagian belakang serta kamera 1.3MP pada bahagian hadapan. 

Harga penjualan model ini dilihat sekitar RM 800 dan dijangka menjadi pencabar kepada model Ninetology U9ZIT yang dijual pada harga RM 899 (diskaun RM 200) walaupun model LTE pertama ini mempunyai skrin paparan yang lebih besar dan unit kamera 13MP.

Motorola Moto G LTE ditawarkan pada harga $219 ( RM 704) di pasaran antarabangsa dan kami pasti harga penjualan model ini di Malaysia juga akan berada pada kadar yang hampir sama.

2 comments:

  1. http://hargaterkinimalaysia.blogspot.com/2014/11/nokia-n1-spec-and-price-malaysia.html?showComment=1419933585996#c1228543813811598435

    ReplyDelete
  2. Nice and quite informative post. I really look forward to your other posts.
    CyberPowerPC Laptops

    ReplyDelete