ZTE telah memulakan satu kempen yang memberikan sedikit gambaran akan telefon pintar utama mereka tahun ini iaitu Nubia Z7. Telefon pintar Nubia Z7 akan disertakan dengan lambang Nubia yang mana satu bulatan warna merah pada butang ‘home’ dan lensa pada lensa kamera.
Gambar pertama mendedahkan bahagian kamera dan Lampu LED pada bahagian belakang manakala MyDrivers telah menerbitkan dua gambar yang menunjukkan gambar butang ‘home’ dari sisi yang juga melihatkan panel besi pada sisi yang sama seperti iPhone dan Huawei Ascend P6/P7.
Telefon pintar ZTE Nubia Z7 ini akan dilengkapi dengan skrin paparan full HD 1080p berukuran 5.0-inci, pemproses Snapdragon 805, kamera 16MP dengan OIS dan disertakan dengan UI khas ZTE yang dikenali sebagai Nubia UI 2.0.
Selain itu, ZTE telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar bagi model Nubia Z7 ini namun ianya hanya diterbitkan didalam Bahasa China dan penterjemahan melalui Google Translate mendedahkana bahawa model ini akan dilengkapi dengan pengesan capjari, pemproses Snapdragon 805, 3GB RAM, dan kamera belakang16MP dengan OIS.
ZTE Nubia Z7 akan dilancarkan secara rasmi bula ini dan dijangka akan dijual pada harga $450 (sekitar RM 1440) dan mungkin akan tiba di Malaysia sekitar hujung bulan hadapan (maklumat tidak rasmi).
0 comments:
Post a Comment