This is Aura Territory

Kami adalah 100% syarikat Bumiputera

Huawei Honor 6 Dilancarkan Secara Rasmi – Pencabar S5 Dan 5S

Huawei secara rasminya telah melancarkan telefon pintar utama terbaru mereka iaitu Honor 6 yang di lancarkan ke pasaran sebagai pencabar kepada Samsung Galaxy S5 dan Apple iPhone 5s. Huawei Honor 6 ini mempunyai reka bentuk yang amat nipis boleh dibandingkan dengan model Ascend P6.
huawei-honor-6-malaysia-harga-price

Selain itu, jika anda masih ingat, Huawei baru sahaja melancarkan model Ascend P7 di Malaysia dan model ini ditawarkan di Malaysia pada harga RM 1,499.

Bercakap mengenai Honor 6, model ini dilengkapi skrin paparan 1080p berukuran 5.0-inci dan hampir 75.7% panel hadapan telefon pintar ini adalah skrin.

Dari segi spesfikasi dalaman, pemproses terbaru Huawei iaitu Kirin 920 yang dikatakan mempunyai kebolehan sama seperti pemproses Samsung Exynos Octa namun pemproses Huawei ini menyokong LTE Cat.

huawei-honor-6-launch-malaysia

Huawei Honor 6 ini dilengkapi sistem operasi Android 4.4 KitKat yang disertakan dengan UI Emotion 2.3, 3GB RAM dan pilihan dua memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 32GB serta menyokong kad memori microSD.

Syarikat ini juga mendakwa bahawa pemproses ini mempunyai suhu operasi yang lebih rendah berbanding model sebelum ini kerana pengggunaan struktur aloi aluminium.

Huawei Honor 6 juga dilengkapi dengan kamera (dual flash LED) 13MP Sony IMX214 dan aperture f/2.0 manakala kamera hadapan adalah 5MP.

Bercakap mengenai penawaran dan harga, setakat ini tiada sebarang maklumat mengenainya namun kami pasti model ini akan tiba di Malaysia didalam masa beberapa minggu.

0 comments:

Post a Comment